Bismillahirrahmaanirrahiim 

Permulaan Perjalanan Hidup Saya…

Ketika itu adalah 10 Ramadan, dan saya telah memilih tahun ini sebagai tahun perubahan, satu langkah ke arah perkembangan dan perubahan diri menuju Siratul  Mustaqim, jalan Islam yang hakiki. Saya berharap untuk membantu orang lain yang berkongsi nasib yang sama-sama ingin meninggalkan tarikan hubungan sama jantina dan mengikut jalan Allah dan fitrah semula jadi, serta mentaati segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya.

Saya berumur pertengahan 20-an, dan dilahirkan dalam keluarga Islam dari Asia. Saya membesar dan menghabiskan keseluruhan hidup saya di UK. Boleh dikatakan saya mempunyai didikan yang seimbang. Saya sekeluarga menikmati zaman kanak-kanak yang menyeronokkan namun dalam masa yang sama kami juga diajar akan kepentingan budaya, agama dan pendidikan. Saya tidak datang dari latar belakang keluarga yang bermasaalah malah telah diberikan satu standard pendidikan Islam yang sangat baik. Ahli keluarga kami sentiasa menyokong antara satu sama lain dan bersatu sebagai sebuah keluarga yang sangat rapat.

Saya mencecah akil baligh ketika berusia sekitar 12 ke13 tahun, dan pada peringkat usia inilah saya mula mengenal perbuatan melancap. Seterusnya datang rasa ingin tahu secara seksual; yang mana sudah tentu ia adalah suatu perkara biasa. Perasaan ingin tahu ini adakalanya melibatkan remaja lelaki lain; ia bukanlah fantasi seks tetapi soalan dan pemikiran mengenai sama ada tubuh badan saya adalah normal atau sebaliknya? Adakah saya satu-satunya yang melalui perubahan ini? Bagaimana fizikal saya kelihatan pada remaja lelaki yang lain? Bagaimanakah saiz anggota sulit mereka? Adakah zakar saya cukup besar? Akil baligh adalah peringkat yang penuh risiko disebabkan pemikiran seperti ini yang mana ia merupakan satu peluang kepada syaitan untuk mengeksploitasi  perasaan ingin tahu mereka.

Sebagai anak sulung, saya membesar dengan agak bebas namun adakalanya dalam hidup saya, saya begitu menginginkan seorang abang dalam keluarga saya. Apabila saya meningkat remaja di sekolah, ia merupakan salah satu kekurangan yang sentiasa saya rungutkan dalam kehidupan saya kerana tidak mempunyai seorang abang seperti yang saya inginkan. Membesar di dalam sebuah keluarga yang agak tradisional, sudah pasti terdapat sesetengah perkara yang tidak dapat saya bualkan bersama bapa saya. Mempunyai seorang abang pastinya merupakan satu perkara yang ideal; seorang saudara yang lebih tua, hebat, popular, berotot, beradab dan memahami. Seorang abang akan membimbing saya, memikul sebahagian daripada tanggungjawab saya sebagai anak sulung, dan menghilangkan tekanan saya sebagai anak sulung dalam keluarga yang perlu berdikari. Saya begitu mengharapkan kehadiran seorang abang setiap kali saya terlibat dalam pertengkaran atau masalah. Namun kebiasaannya saya masih mampu mengharunginya dan merasa amat bersyukur kerana mempunyai ramai sahabat baik.

Membesar dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh dengan nilai-nilai Islam, saya mengelak dari apa jua perbincangan yang menjurus kepada topik seksual. Sebaliknya saya membuat carian sendiri di internet yang mana secara tidak sengaja saya menjumpai laman pornografi dan gambar-gambar lelaki lain. Apabila saya meninggalkan sekolah dan melanjutkan pelajaran ke kolej, saya masih tidak menganggap diri saya tertarik kepada lelaki, saya tidak menonton pornografi  lelaki homoseksual dan tidak mempunyai masalah apabila bertemu lelaki yang terlibat dalam pornografi berlainan jantina. Pada ketika itu saya telah memiliki kamera web, tanpa diduga saya menggunakannya untuk membandingkan anggota sulit saya dengan lelaki sebenar dan tidak bergantung kepada bintang porno untuk membuat perbandingan. Apakah ini satu perkara yang baik? Jelas sekali tidak.

Ia tidak lama sebelum saya melancap dengan lelaki lain melalui kamera web walaupun kami berbincang tentang seks berlainan jantina dan bertukar-tukar laman web lucah berlainan jantina. Perbuatan ini kemudiannya menjadi suatu kebiasaan selama lebih kurang setahun.

 

Setelah tamat kolej, saya melanjutkan pelajaran ke universiti. Walaupun saya kerap melancap, saya berhenti menggunakan kamera web dan tidak lagi merasa keperluan untuk melancap bersama lelaki lain di alam maya. Saya merasakan sifat ingin tahu saya mengenai lelaki dan keinginan membuat perbandingan fizikal dengan lelaki lain telah pun dipenuhi. Saya tidak merasakan diri saya tertarik kepada lelaki kerana saya masih tertarik terhadap wanita. Penglibatan saya dengan mana-mana lelaki di kamera web hanyalah sekadar memenuhi perasaan ingin tahu yang begitu menebal dalam pemikiran saya.

 

Saya menikmati zaman universiti secara bermoral dan tidak terlibat dengan alkohol, dadah, seks dan lain-lain. Sebaliknya saya terlibat secara aktif bersama komuniti Muslim walaupun saya semakin gemar ke kelab malam. Logik akal saya pada masa itu mewajarkan bahawa sebuah bilik gelap dengan muzik yang keras tidak mendatangkan mudarat selagi saya tidak mengambil alkohol dan melakukan hubungan seks. Agak menghairankan kerana saya berjaya menjauhkan diri dari melakukan hubungan seks walaupun saya tinggal jauh dari rumah.

Selepas tamat pengajian saya kembali menetap di rumah. Saya mula bekerja dan segalanya normal hingga beberapa tahun kemudian saya kehilangan ayah saya. Saya merasakan seluruh beban benar-benar terpikul di bahu saya. Selepas lebih kurang setahun, saya mengalami krisis dengan dengan salah seorang daripada sahabat saya yang paling rapat. Saya berkeadaan baik ketika saya berusia awal dua puluhan; tetapi kerinduan saya ketika zaman remaja untuk mempunyai seorang abang muncul semula. Mendapati sukar untuk bercakap dengan sesiapa mengenai tanggungjawab baru yang perlu saya pikul memberi gambaran bahawa saya seorang yang tidak dapat bertahan, merasa sendirian dan hilang; Saya memerlukan bimbingan dan ketenangan. Saya memerlukan pengaruh lelaki dalam hidup saya.

Saya kembali kepada tabiat lama iaitu melancap dalam talian dengan lelaki lain. Saya merasakan ia dapat mengalih perhatian dan merupakan satu cara untuk melepaskan tekanan pada ketika itu. Kemudian pada suatu hari saya terjumpa sebuah iklan seorang lelaki Asia yang ingin mencari kenalan. Saya telah membuat kesilapan yang sangat besar dalam hidup saya dengan menjawab iklan tersebut. Saya bertemu dengan lelaki ini yang mungkin berusia empat hingga lima tahun lebih tua daripada saya. Kami berbual-bual dan berpelukan, kami tidak menunggu lama apabila perkenalan kami akhirnya membuatkan kami tidak berpakaian dan saling bersentuhan secara intim antara satu sama lain. Saya pulang ke rumah dengan perasaan keliru dan rasa bersalah. Saya masih ingat perasaan teruk yang saya alami tetapi bukan seperti apa yang sepatutnya saya rasai. Saya merasakan diri saya seorang yang jahat kerana tiada sedikit pun perasaan berdosa dalam hati saya! Oleh kerana melancap dalam talian dengan lelaki lain telah menjadi satu tabiat, maka pada saya lelaki lain melakukan perbuatan tersebut ke atas diri saya bukanlah satu kesalahan besar pada saya.

Kotak Pandora telah pun dibuka. Tahun yang seterusnya saya berkenalan dengan beberapa lagi lelaki secara kasual. Mereka berusia beberapa tahun lebih tua atau lebih muda dan berada dalam kedudukan yang sama seperti saya yang bersifat ingin tahu. Saya tidak pernah melakukan hubungan seks tetapi saya rasa saya seronok mengusik mereka dan membuatkan mereka fikir saya mahu lebih dari itu.

Rasa dihargai yang saya nikmati ketika bersama lelaki lain terus membuatkan saya sering menagih perasaan itu, mengetahui bahawa lelaki dewasa yang berpewatakan menarik dan kacak sentiasa menginginkan saya menguasai dirinya. Pasangan saya seringkali lebih berpewatakan feminin dan berada disisi mereka benar-benar mengujakan saya. Saya dapati kami saling tertarik antara satu sama lain. Mereka tertarik dengan saya hinggakan mereka begitu menginginkan saya secara fizikal, saya tidak lagi memerlukan bimbingan dan ketenangan sebaliknya saya menjadi sumber ketenangan dan kepuasan kepada orang lain. Saya khayal dengan dunia saya sendiri dan nafsu saya kini benar-benar berada di luar kawalan.

Pada ketika itu saya berfikir bahawa saya masih boleh mengawal keadaan, bagi saya perkenalan tersebut hanya melibatkan perbuatan melancap secara bersama, saya tidak kisah dan tidak mempunyai masalah jika lelaki lain ingin menjalinkan hubungan atau tidak selagi kami berada dalam batasan yang saya tetapkan. Sekurang-kurangnya perkenalan tersebut pada mereka hanyalah sekadar melampiaskan nafsu masing-masing. Saya hanya bertemu mereka sekali atau dua kali sebelum memutuskan perkenalan dengan mereka.

Namun pada suatu hari saya mengambil keputusan untuk menamatkan segala perbuatan yang saya lakukan. Saya akan berhenti. Saya memutuskan saya hanya perlu memenuhi kehendak seorang lagi kenalan lelaki buat kali terakhir. Jika diimbas kembali, saya tidak sepatutnya membuat keputusan tersebut. Saya mengatur pertemuan dengan seorang lagi lelaki yang saya kenali di internet. Kami mempunyai minat yang sama dan datang dari latar belakang etnik yang sama, suatu persamaan yang mana saya fikir sekurang-kurangnya memberikan kami topik perbualan yang baik.

Kami bertemu di tempat yang sunyi di bandar dan duduk berbual di dalam kereta. Kami mendapati bahawa kami mempunyai banyak persamaan, dari segi didikan, kepercayaan, nilai, gaya hidup, pendidikan, dan kerjaya dan lain-lain. Persamaan tersebut membuatkan saya rasa seolah-olah telah mengenali dirinya sepanjang hidup saya. Dari sekadar berbual seterusnya membawa kepada perkara lain, akhirnya tanpa sedar kami telah melakukan hubungan terlarang di tempat duduk belakang kereta...cuma perkenalan kali ini begitu berbeza; keintiman yang kami jalinkan telah berada di tahap yang lain dari yang saya alami sebelum ini; satu-satunya analogi yang boleh saya gambarkan adalah kami berdua seperti haiwan kelaparan yang sedang memuaskan selera kami.

 

Kami berpisah dan mengikut haluan masing-masing selepas pertemuan kami pada hari itu. Kami langsung tidak merancang untuk bertemu lagi. Tetapi selepas dua minggu saya menerima e-mel daripada kenalan lelaki tersebut yang bertanya mengapa saya langsung tidak berhubung, bertanyakan khabar tentang diri saya dan perkara lain. Saya tidak dapat menahan diri untuk menghubunginya. Untuk minggu-minggu seterusnya kami kerap berhubung dan menghantar sms setiap hari, serta saling mengenali antara satu sama lain secara lebih mendalam.

Kami akan berbalas sms yang mana ia merupakan perkara pertama yang kami lakukan pada waktu pagi dan perkara terakhir pada waktu malam. Kami menjadi rakan yang begitu akrab apabila kami semakin mengenali diri masing-masing. Kami menyedari bahawa kami berdua berkongsi minat dan dan mempunyai banyak persamaan dalam kehidupan kami. Adakalanya saya seperti saya berbual dengan diri saya sendiri. Kami akan berbincang tentang keluarga, politik, kerjaya, cita-cita, agama, muzik, perempuan, perkahwinan, rancangan untuk masa depan dan lain-lain ... masa berlalu dengan begitu pantas.

Adakalanya kami bertukar beberapa mesej teks yang mengghairahkan. Kami mengambil keputusan untuk bertemu kali kedua, kali ini tanpa banyak bicara kami membiarkan dorongan nafsu menguasai kami. 

Malam itu saya rasa benar-benar keliru dan bersalah, sedikit terkejut dengan perasaan pelik yang saya alami, dan bagaimana nafsu antara kami berdua yang seolah-olah tidak pernah puas. Segala gambaran dan memori antara kami berdua yang penuh bergelumang dosa memenuhi fikiran saya. 

Saya sedar apa yang saya lakukan ini adalah salah dalam banyak perkara. Saya menyedari bahawa saya menyukai kenalan lelaki ini bukan sekadar sebagai objek seks tetapi menyayanginya sebagai seorang insan. Dia bagaikan salah seorang daripada sahabat saya yang paling rapat. Semua rakan saya adalah seperti ahli keluarga kepada saya, dan saya rasa bersalah bahawa saya baru sahaja menjalinkan hubungan seks dengan dirinya dan saya mahu melakukan lebih lagi daripada itu- ia tidak lagi sekadar melancap. Saya merasakan saya hampir melakukan sumbang mahram. Saya sedar saya tidak boleh lagi bertemu dengannya bukan sahaja kerana perasaan bersalah, tetapi jauh di sudut hati, saya tahu untuk pertemuan kami yang seterusnya kami tidak akan mampu untuk menghormati batas diri masing-masing.

Pada ketika ini, saya sedar saya telah memusnahkan peluang untuk menjadi sahabatnya sepanjang hayat. Jika saya bertemu dengannya dalam keadaan lain kami berdua pastinya memberi pengaruh yang positif ke atas satu sama lain, menjadi sahabat yang terbaik, berpotensi sebagai abang yang sentiasa saya idamkan. Saya merasa begitu lemah, saya merasakan seperti saya telah kehilangan seseorang yang sangat berharga dalam kehidupan. Saya bagaikan berkabung atas kematian seseorang. Saya sedar bahawa saya sedang bermain dengan api yang sangat berbahaya.

Saya tidak mahu menjadi seorang homoseksual. Saya tidak mahu mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki. Amat pelik rasanya, saya tidak mahu menjalinkan hubungan seks dengannya tetapi saya merasakan saya perlu melakukannya untuk membuktikan cinta dan kekaguman saya terhadap dirinya. Saya rasa saya tidak menyukai sesiapa kecuali saya mempunyai sebab seperti ahli keluarga, teman wanita, rakan-rakan sepermainan saya dan ramai lagi, tetapi lelaki ini yang saya kenali hanya dalam tempoh yang begitu singkat, tanpa apa-apa hubungan malah bukan juga seorang teman lama, namun begitu mudah untuk saya menyayangi dirinya. Saya merasakan bahawa demi membuktikan perasaan sayang padanya saya perlu mempunyai hubungan seks dengannya.

Batin saya merasa begitu tersiksa kerana membenarkan diri saya menjalinkan hubungan seksual dengannya, saya rasa jijik dengan diri saya sendiri. Saya telah memusnahkan peluang untuk mengenali dirinya dalam keadaan lain kerana saya tahu kami boleh menjadi sahabat paling karib jika tidak dicemari dengan dosa-dosa yang telah kami lakukan. Berpisah dengannya merupakan salah satu keputusan paling sukar yang pernah saya ambil kerana sebahagian dari diri saya masih ingin terus berhubungan dan kekal sebagai kawan, walaupun saya tahu asas persahabatan ini tidak akan bertahan lama dan ditakdirkan untuk gagal.

Hari-hari seterusnya saya mula berterus-terang dan meluahkan apa yang terpendam di dalam hati saya selama ini, sebahagian daripada saya mahu menjauhkan dirinya dari saya. Selepas beberapa hari yang sangat emosi, kami akhirnya menamatkan hubungan ini yang penuh dosa, kerana sifat persahabatan ini memberi makna bahawa suatu hari nanti kami perlu berpisah juga kerana kami kini berada di usia untuk berkahwin. Berada dalam hubungan dengan seseorang yang mengetahui rahsia antara kami boleh menjejaskan kehidupan kami pada masa akan datang.

Dengan perjanjian untuk bertaubat dan kembali pada jalan Allah, kami berpisah dengan hati yang penuh rasa bersalah, malu dan kesal, dengan harapan bahawa kami akan  bertemu lagi pada suatu hari nanti di mana pada masa itu kami tidak lagi mengingati peristiwa silam dan membina sebuah persahabatan yang berkekalan. Perbualan antara kami berakhir dengan doa semoga pertemuan yang akan datang mungkin sebagai makmum yang sama-sama menunaikan solat jemaah di masjid, samada kami menyedarinya atau tidak.

Maka bermulalah perjalanan hijrah dalam hidup saya untuk mengatasi perasaan ini dan bertaubat.

Semoga Allah mengampuni kami berdua, menerima taubat kami, dan memudahkan  penghijrahan kami ke jalan yang lurus. Aamiin.