Masalah homoseksualiti berakar umbi di dalam hati kerana nafsu telah menyahpeka hati untuk menerima perlakuan ini sebagai sesuatu yang normal. Anda merasa menyesal apabila anda melakukan sesuatu yang salah. Anda hanya boleh berjaya merawat penyakit ini dengan tidak hanya merawat gejala, tetapi dengan merawat punca; iaitu dengan memperbaiki peribadi dan mengawal nafsu anda.

Untuk merawat hati, ia adalah penting untuk mewujudkan syarat untuk rawatan; 

•Memahami bahawa hati yang sakit boleh menjadi lebih baik! Walau bagaimanapun ia terdedah kepada penyakit yang berulang kerana nafsu sudah terbiasa dengan menikmati ketidakpatuhan- jika anda mengulangi perlakuan tersebut maka ia akan menjadi lebih sukar untuk berubah.

•Jangan putus asa jika anda terlanjur mengulangi perlakuan tersebut, waspada terhadap tanda-tanda pengulangan pelakuan tersebut dan kuatkan diri anda, penyakit ini tidak boleh dirawat dalam sekelip mata tetapi satu proses yang berulang. Satu langkah pada satu masa, tetapi sentiasa mengharap bahawa dengan izin Allah, Dia boleh menyembuhkan penyakit ini dalam sekelip mata kerana Dia Maha Berkuasa atas segala-galanya.

•Amalan yang berterusan diperlukan untuk memecahkan tabiat lama dan menggantikannya dengan yang baru, nafsu perlu ditundukkan dan dilatih semula.

Untuk mewujudkan asas yang kukuh untuk berubah, beberapa prasyarat berikut diperlukan sebelum terlibat dalam strategi rawatan. Prasyarat tersebut memberikan anda kelebihan rawatan dengan memastikan kepercayaan dan tingkah laku kita bersesuaian dengan perubahan yang ingin kita capai.

Ingatlah firman Allah dalam Al-Quran:

‘Fa Inna ma' al usri Yusra'

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

(94:5)