Dugaan adalah ujian dari Allah. Ia boleh datang dalam bentuk musibah, ia mungkin juga hukuman yang anda terima dalam hidup anda kerana dosa yang anda lakukan. Ia mungkin sebagai hukuman kerana anda gagal dalam ujian yang telah dihantar kepada anda dalam kehidupan ini, sebagai contoh anda gagal dalam godaan  tarikan sama jantina.

Allah subhanahu wa ta'ala memberikan tiga perkara kepada seseorang yang ingin memulakan taubat, untuk mengingatkan tentang kesalahannnya, memberikan pemahaman dan amalan agar taat kepada kepada perintah Ilahi. Tiga perkara tersebut adalah:

  1. Seluruh makhluk ciptaan Allah akan mencari kesalahan  kamu
  2. Nafsu menjadi tidak tertanggung
  3. Penderitaan dan bencana, tiada kebaikan dan pertolongan dari Allah. Ia bertujuan untuk menyedarkan, memberi pengajaran dan memohon rahmat Allah.

Dugaan yang datang disebabkan dosa datang dalam tiga peringkat:

1) Dugaan yang datang untuk menghentikan perlakuan salah adalah satu cara Allah memberikan rahmat. Ia adalah sebagai peringatan untuk menukar cara atau perlakuan anda. Ia membuatkan kita melakukan muhasabah diri; mengapa dugaan ini berlaku? Persoalan seperti ini membawa kita kembali kepada Allah.

2) Dugaan kerana tidak belajar dari kesilapan silam dan kerap mengulangi dosa-dosa lalu. Dugaan datang kerana anda sedang melakukan perkara yang salah. Ia membuatkan anda muhasabah semula samada taubat anda adalah benar-benar ikhlas dan samada anda benar-benar telah berubah seperti yang sepatutnya ... bertaubat dan berusaha untuk tidak mengulang dosa lalu.

3) Dugaan sebagai azab atau hukuman kerana berterusan melakukan dosa secara sengaja, bukan kerana kejahilan.

Allah tidak menguji kita dengan segera. Pada permulaannya Allah akan menutup dosamu. Anda diberi peluang demi peluang. Sekiranya anda masih lagi tidak menyedarinya dan bertaubat maka anda akan ditimpa musibah. Allah akan memberikan pengajaran yang sama berulang-ulang kali sehingga anda benar-benar sedar, dan mengubah cara hidup anda.

Dugaan dan musibah adalah apa sahaja yang berlaku dalam hidup. Sebagai contoh ditimpa penyakit, tayar pancit, terlepas penerbangan kapal terbang dan lain-lain.

Apabila musibah berlaku, tanyakan pada diri sendiri; mengapa semua ini berlaku? Lakukan taubat dan bersabar. Berserah kepada Allah agar Dia menghapuskan segala dugaan dan memberikan anda kebaikan di sebaliknya.

Semua dugaan melalui ketiga-tiga peringkat ini. Ia adalah penting untuk anda menyedari kesilapan anda dan bertindak sewajarnya sebelum dugaan tersebut menjadi hukuman.

Apabila sesuatu perkara berlaku, biarkan ia berlaku, kerana setiap sesuatu yang terjadi ada sebabnya yang tersendiri. Fikirkan mengapa ia berlaku. Ia ditakdirkan berlaku untuk memberi anda petunjuk ke jalan Allah, justeru ia merupakan hikmah yang tersembunyi.

 

17 kebaikan dugaan adalah seperti berikut:

  1. Anda menyedari kuasa Yang Maha Bijaksana ke atas dirimu.
  2. Anda menyedari kehambaan anda dan penyerahan diri yang sepenuhnya kepada kehendak dan kekuasaan Allah.
  3. Keikhlasan kepada Allah; tiada seorang pun yang boleh lari atau terselamat dari musibah melainkan anda berserah diri kepada-Nya. Ia menjadikan anda ikhlas kerana orang yang muhsin adalah hamba yang menyeru Allah tanpa syirik. Keikhlasan anda di dunia memadai untuk menyelamatkan diri.
  4. Seseorang akan kembali dengan penuh kesungguhan terhadap Tuhannya.
  5. Ia mengembalikan seseorang dalam keadaan penuh rendah diri untuk menghadap dan menyeru Allah dalam setiap doanya.
  6. Anda redha terhadap yang Maha Esa yang menduga dirimu.
  7. Anda memaafkan orang yang telah berlaku zalim kepada anda.
  8. Agar anda bersabar ketika ditimpa dugaan.
  9. Agar anda gembira tentang apa yang berlaku kerana hikmah yang terkandung disebaliknya.
  10. Agar anda bersyukur.
  11. Membersihan diri dari segala kesalahan dan dosa-dosa yang dilakukan.
  12. Kasih sayang dari Allah untuk anda membimbing mereka yang diuji dan membantu mereka.
  13. Dugaan sebagai rahmat yang memberi anda pengetahuan sebenar tentang kesejahteraan.
  14. Allah mengurniakan ganjaran untuk setiap musibah yang anda hadapi dengan redha dan sabar.
  15. Setiap musibah yang melanda pasti terkandung rahmat disebaliknya.
  16. Dugaan menghalang anda dari bersifat angkuh.
  17. Bahagia. Dugaan menimpa setiap orang yang baik dan yang jahat. Barangsiapa yang tidak menerimanya, maka dia akan kehilangan dunia dan akhirat. Sesiapa yang menerimanya dengan gembira ini disebabkan mereka tahu syurga adalah lebih baik daripada seisi dunia ini. Sekiranya dugaan yang diberikan ini adalah apa yang diperlukan untuk dirinya sampai ke syurga, maka dia redha menerimanya.

" Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (Qur'an, 2:286).

Jika anda merenung kembali dan melihat gambaran keseluruhan, anda akan menyedari bahawa apa yang anda miliki apabila berhadapan dengan tragedi adalah pilihan. Adakah anda akan melalui peringkat kesedihan, menafikan takdir Allah dan kebijaksanaan rancangan-Nya untuk anda? Atau adakah anda akan menyedari bahawa apa yang anda sedang lalui adalah sesuatu yang anda mampu harungi? Apa sahaja dugaan yang datang adalah sesuatu yang telah Allah rancang dan Dia Maha Mengetahui akan kemampuan anda menangani dugaan yang diberikan oleh-Nya.

Ayat tersebut menenangkan jiwa saya, kerana sebagai seorang mukmin yang taat yang beriman kepada Allah dan hikmah-Nya, jauh dalam sudut hati, saya menyedari bahawa walaupun kesedihan adalah sesuatu yang sukar dan memakan masa ia masih boleh diatasi. Walaupun ada masanya ia mungkin menjadi sukar, saya tabah menghadapi apa sahaja yang datang menduga. Akhirnya saya akan berhadapan dengan Tuhan yang mana saya berharap, Dia akan redha terhadap diri saya kerana saya redha pada-Nya. 

Oleh itu, apabila anda melalui keadaan yang sukar, sama ada kematian insan tersayang yang tidak dapat dielakkan  atau kehilangan pekerjaan atau sekadar tayar pancit di tepi lebuh raya, ambil nafas panjang dan katakan:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami...'" (9:51).

Musibah datang tanpa diduga tetapi ia berlaku atas sebab-sebab tertentu. Nafsu akan mencari alasan untuk menyalahkan seseorang atau mencari alasan untuk mengalihkan tanggungjawab atas kesalahan kita yang membawa kepada terjadinya musibah tersebut.Hakikatnya musibah yang berlaku itu adalah akibat tindakan peribadi dan seseorang itu perlu melihat ke dalam diri sendiri untuk memahami mengapa musibah ini terjadi. Tanggungjawab terletak pada diri anda, dan keputusan dan pilihan yang anda buat. 

Anda hanya boleh benar-benar menghargai dugaan yang datang dan mengatasinya apabila anda sedar perkara yang berikut;

"Allah memberi dugaan kepada anda. Dugaan ini adalah tentang diri anda, semua yang berlaku adalah tentang anda, dan Dia melakukan semuanya untuk anda. Semuanya ditakdirkan untuk anda, kerana Dia mahu anda sedar bahawa SEGALA-GALANYA  adalah UNTUKNYA. "Apabila anda sedar tentang perkara ini, anda boleh melepaskan kemahuan nafsu dan mula merungkai ego anda sekaligus meningkatkan rohani anda. Allah sedang menguji anda untuk membawa anda kembali kepada-Nya, dan membuat anda berserah kepada-Nya. Ia memberikan anda peluang untuk mendapatkan kasih sayang dan belas kasihan-Nya. Dugaan bukanlah hukuman tetapi untuk menguji imanmu.

Apabila dugaan atau musibah menimpa, biarkan ia berlaku; kerana ia semua berlaku dengan sebab. Berserah diri kepada Allah dan Dia akan memimpin anda ke jalan yang sepatutnya anda lalui. Sesuaikan diri dengan fitrah yang telah ditetapkan Allah. Fahami setiap yang berlaku atas sebabnya yang tersendiri, anda tidak perlu menyalahkan diri sendiri.

Usahakan apa sahaja mengikut kemampuan anda untuk menerima yang terbaik. Jika anda melakukan semua yang anda terdaya dan sesuatu masih tidak berlaku maka ketahuilah ia juga bersebab. Berserah diri kepada Allah dan anda akan melihat sebabnya. Lafazkanlah Masha' Allah untuk semua perkara yang terjadi walaupun musibah berlaku. Jangan merasa terhina kerana ini membuatkan anda marah kepada Allah, terhadap perintah-Nya dan apa jua yang dirancangkan oleh-Nya untuk anda. Bertawakkallah kepada Allah kerana Dia telah terlebih dahulu menetapkan segala hikmah di sebalik apa yang berlaku."