Dalam usaha untuk berubah dan konsisten dengan perubahan, ia adalah penting untuk mengingati sebab anda berubah. Ingat bahawa satu-satunya kepastian selepas dilahirkan adalah kematian. Tidak satu pun boleh diambil secara mudah dalam perjalanan hidup anda. Sepanjang kehidupan anda akan menghadapi pelbagai ujian dan dugaan dan tarikan sama jantina adalah salah satu darinya. Hal ini telah dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran;

" Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.." (21:35)

Oleh itu, langkah pencegahan pertama ialah merenung tentang kematian dan menjadi takut untuk kembali kepada Pencipta sebagai seorang yang gagal dalam ujian dan dugaan daripada godaan dosa.

Lawati tanah perkuburan secara bersendirian dan jadikan kebiasaan untuk menghadiri solat jenazah. 

Jika melawat tanah perkuburan; ambil pen dan sehelai kertas dan salin senarai dari senarai mata peluru berikut, selepas beristighfar, selawat dan berdoa untuk si mati, cari tempat yang tenang, dan fikirkan perkara-perkara berikut;

• Fikirkan mereka yang telah meninggal sebelum kamu, renungkan bagaimana singkatnya kehidupan ini sebenarnya. Tanya diri anda jika anda sudah bersedia untuk meninggalkan dunia ini? Sudahkah anda memperbaiki segala kesalahan terhadap pencipta anda?

• Renungkan hal ini; apa yang akan kamu jawab apabila disoal oleh malaikat azab di kubur nanti?

• Sedari betapa bertuahnya anda kerana masih hidup, perbezaan antara anda dan mereka yang telah pergi adalah bahawa anda masih boleh kembali ke jalan Allah, anda masih boleh memohon keampunan dan membetulkan perjalanan hidup anda. Anda masih boleh menjauhi dosa, menjauhi tarikan dosa dan menerima rahmat dan kasih sayang Allah.

• Berapa ramai jiwa yang yang telah pergi inginkan peluang untuk kembali semula ke dunia ini agar mereka boleh bertaubat?

• Bagaimana anda akan menggunakan masa anda pada masa sekarang, di dunia ini?

Buat senarai, tuliskan penerangan, luahkan perasaan anda, tuliskan tindakan dan perubahan yang anda rasa anda perlu lakukan, tuliskan bagaimana positif anda akan rasa selepas anda melaksanakan perubahan.

 

Tindakan- Bagaimana anda mahu diingati?

Anda telah merenung tentang jiwa anda di dunia ini, dan apabila ia berlalu masuk ke kubur, dan apa yang akan berlaku kepada anda di alam kubur dan alam seterusnya. Adakah anda berfikir tentang bagaimana hubungan homoseksual boleh menjejaskan legasi anda selepas anda mati? Anda mahu dikenang kerana apa? 

• Adakah anda mahu rakan-rakan dan keluarga anda mengingati anda sebagai seorang gay, seorang yang berdosa, dan memalukan keluarga?

• Jika anda meninggal dunia dan kebenaran tentang hubungan homoseksual anda terbongkar, bagaimana perasaan orang-orang yang anda sayangi?

• Bagaimanakah layanan orang luar terhadap orang-orang yang anda sayangi?

• Jika anda meninggal dunia sebagai homoseksual, adakah sesiapa iaitu anak-anak akan meneruskan keturunan anda? Adakah anda akan meninggalkan anak yang soleh yang boleh mendoakan jiwa anda di akhirat?

• Jika anda meninggal dunia akibat penyakit yang disebabkan oleh hubungan homoseksual dan hal ini menjadi pengetahuan umum; apa yang akan berlaku?

• Jika anda meninggal dunia dan foto / surat menyurat / teks / fail dan apa jua komunikasi atau peringatan sentimental tentang hubungan homoseksual anda dijumpai bagaimanakah reaksi orang-orang yang anda sayangi?

• Adakah ini caranya anda ingin mereka tahu mengenai anda sebelum anda mati?

• Adakah untuk ini anda mahukan mereka mengingati anda?

• Apakah ini legasi yang anda rancang untuk tinggalkan?

• Tutup mata anda. Bayangkan semua ini berlaku di sini sekarang; mainkan semula semua yang anda bayangkan dalam satu filem besar yang mana anda berasa sangat jijik terhadap dosa yang anda lakukan. Renungkan keadaan diri anda yang begitu menyedihkan kerana dosa yang anda lakukan pada masa itu.

• Kini mainkan semula dan tingkatkan apa yang kamu lihat, dengar dan rasa, gandakannya kepada tiga kali ganda, buatkan imej yang lebih besar dan lebih kuat dan lebih sengit dalam kepala anda. Lakukan sehingga anda rasa begitu jijik dan bertekad dosa ini tidak akan menjadi sebahagian dari kehidupan anda lagi!

• Ulang langkah ini setiap kali anda mengingati dosa anda, lakukannya sekurang-kurangnya 5 kali dan lakukannya secara progresif lebih cepat setiap masa.

• Jika perlu, lakukan seberapa banyak kali sehingga anda benar-benar jijik apabila anda memikirkan tentang dosa anda.

 

Tindakan: Rawat hubungan sama jantina sebagai penyakit

Hubungan sejenis atau masalah homoseksualiti diterima oleh masyarakat moden sebagai gaya hidup yang sah, tetapi hakikatnya ia adalah penyakit. Ya anda dan saya sebenarnya sakit. Ia adalah penyakit yang bukan sahaja akan memusnahkan anda dalam hidup ini, tetapi ia akan membinasakan anda dalam kehidupan yang seterusnya. Sehingga tahun tujuh puluhan, homoseksualiti telah dikenali sebagai penyakit psiko seksual.

Kami telah menyatakan bahawa homoseksualiti adalah tidak normal. Ia tidak diterima oleh Islam dan ia tidak mengikut fitrah yang Allah ciptakan. Sebab mengapa kita membaca buku ini adalah kerana kita sedar bahawa disebabkan kelemahan kita sendiri maka kita sedang menderita dengan penyakit ini. Oleh itu penyakit ini adalah hasil daripada pilihan kita sendiri. Oleh itu kita juga boleh memilih untuk meninggalkan penyakit ini dan berubah. Tidak seperti penyakit lain, penyakit ini adalah natijah dari pilihan kita, oleh itu kita bertanggungjawab untuk dihakimi dan dihukum untuk itu.

Homoseksual adalah salah satu penyakit yang buruk dalam masyarakat, ia meracuni fikiran anda, kemudian hati anda, kemudian jiwa anda. Ia akan membawa anda jauh dari Pencipta anda dan membawa anda kepada hukuman di dunia dan di akhirat. Ia adalah pilihan yang anda buat, dan pilihan yang membawa kepada penyakit terminal lain dan penyakit dalam hidup anda. Bagaimana jika anda dijangkiti penyakit kelamin? Bagaimana jika penyakit tersebut tidak boleh dirawat?

Tangani masalah homoseksualiti sebagai satu penyakit terminal kepada minda dan jiwa anda. Bayangkan jika anda mempunyai penyakit yang mengancam nyawa tetapi ia boleh dirawat.  Anda mempunyai penawar tetapi anda terpaksa mengambil ubat untuk tempoh yang lama dan tidak pernah tertinggal walau satu dos.

• Adakah anda akan mengambil risiko untuk terlepas dos ubat?

• Mengetahui bahawa penyakit tersebut boleh diubati, adakah anda akan melakukan apa sahaja untuk membuatkan penyakit tersebut semakin teruk? Adakah anda berusaha untuk memanjangkan hayat anda dan mengatasi penyakit ini? 

• Bagaimanakah rasanya memasang tekad?Sekuat manakah keinginan anda untuk berjaya? 

• Sekuat manakah naluri hati anda bertahan untuk terus hidup? 

• Bagaimana anda mengalami semua perasaan ini? Bagaimanakah rasanya memasang tekad? Apa yang anda dengar dan lihat dalam fikiran anda? Jika ini adalah satu-satunya peluang anda untuk hidup bagaimana anda menerimanya? 

• Kini bawa tekad anda pada masa kini, bolehkah anda mengatasi masalah homoseksual untuk menyelamatkan jiwa anda?

• Jika anda sudah merasakan kesakitan dari penyakit yang mengancam nyawa anda dalam kehidupan anda sekarang hanya untuk tempoh yang singkat, bagaimana pula dengan hukuman segala dosa yang akan anda hadapi untuk selama-lamanya di akhirat?

• Anda mempunyai rawatan untuk masalah homoseksual sekarang. Apakahtahap kesungguhan anda untuk menentangnya?

• Jika kehidupan dan jiwa anda bergantung pada-Nya  dan anda menyerahkan nasib anda ditangan Allah kerana kesungguhan anda dibantu dengan rahmat Allah, bolehkah anda berjaya? Adakah anda akan berjaya?

 

Tindakan- Menghargai Hijab Allah yang Menutup Keaiban Dosa

Anda telah berdosa. Anda fikir tiada siapa yang melihat selain Allah dan para malaikat-Nya yang hadir. Anda melakukan perbuatan yang memalukan ini, namun rahmat Allah masih menutup keaiban dosa yang anda lakukan. Kamu tidak sedar rahmat-Nya kepadamu, sekalipun kamu melakukan perbuatan zalim ini. Tanyakan pada diri anda perkara yang berikut;

• Apakah yang akan berlaku jika Allah tidak menutup dosa anda, dan perlakuan dosa anda terdedah kepada keluarga, rakan-rakan dan masyarakat sebagai  seorang homoseksual?

• Jika Allah hendak membuka keaiban anda dan membiarkan keluarga, rakan-rakan dan masyarakat tahu bahawa anda adalah seorang homoseksual bagaimana Dia akan melakukannya?

• Jika anda berulang kali mengabaikan kehendak Allah, dan Allah memilih untuk menghantar musibah atau kesusahan kepada anda, untuk mendedahkan dosa anda dan memalukan anda, apakah yang akan dilakukan-Nya?

• Jika anda menggunakan perkhidmatan sembang dalam talian atau profil peribadi atau iklan, mungkinkah Allah telah menghantar seseorang yang berbahaya atau berpenyakit kepada anda?

• Bagaimana jika anda bertemu seseorang yang anda kenal melalui cara tersebut?

• Bagaimana jika anda dijangkiti penyakit?

• Bagaimana jika gambar yang dihantar kepada bakal kenalan yang melakukan dosa yang sama telah bocor ke laman web awam?

• Bagaimana jika penglibatan anda dalam seks kamera, dan klip video anda melakukan perbuatan seksual dengan diri sendiri atau lelaki lain telah diambil dan dimuat naik ke laman perkongsian awam?

• Bagaimana jika hubungan seksual anda direkodkan samada dengan atau tanpa pengetahuan anda didedahkan atau dihantar kepada orang yang dikasihi?

• Bagaimana jika  gambar atau klip video tersebut menunjukkan muka anda?

• Bagaimana jika seseorang yang anda kenali menemui gambar atau klip video tersebut?

• Bagaimana jika keluarga atau rakan-rakan anda menemui material homoseksual, atau gambar / klip video anda; dalam talian, dalam barang peribadi anda atau pada komputer anda?

• Bolehkah anda menghadapi penghinaan dan pendedahan ini?

• Adakah anda bersyukur anda keaiban dosa anda telah dilindungi setakat ini?

• Bagaimana jika pada masa akan datang anda melakukan perbuatan tersebut, dan Allah memilih untuk mendedahkan keaiban anda?

• Tutup mata anda, bayangkan semua ini berlaku di sini sekarang; mainkan semula semua yang anda bayangkan dalam satu filem besar yang mana anda berasa sangat jijik terhadap dosa yang anda lakukan. Renungkan keadaan diri anda yang begitu menyedihkan kerana dosa yang anda lakukan pada masa itu.

• Kini mainkan semula dan tingkatkan apa yang kamu lihat, dengar dan rasa, gandakannya kepada tiga kali ganda, buatkan imej yang lebih besar dan lebih kuat dan lebih sengit dalam kepala anda. Lakukan sehingga anda rasa begitu jijik dan bertekad dosa ini tidak akan menjadi sebahagian dari kehidupan anda lagi!

• Ulang langkah ini setiap kali anda mengingati dosa anda, lakukannya sekurang-kurangnya 5 kali dan lakukannya secara progresif lebih cepat setiap masa.

• Jika perlu, lakukan seberapa banyak kali sehingga anda benar-benar jijik apabila anda memikirkan tentang dosa anda.

Anda mengambil langkah-langkah untuk berubah, tetapi anda perlu sedar bahawa apabila anda berubah, anda juga perlu mengekalkan tahap perubahan dan pencapaian untuk mencapai kekuatan demi kekuatan. Dengan mengekalkan peningkatan rohani anda menjadi lebih dekat kepada Allah dan perintah-Nya. Dia akan memberikan anda kejayaan yang anda harapkan.

Sedar bahawa orang yang bertaubat dan menyesal adalah penghinaan terbesar kepada Iblis kerana Iblis dan syaitan  telah bekerja keras untuk membuat anda berdosa dan membuatkan nafsu anda ketagih untuk melakukan dosa. Dengan cara ini mereka tidak lagi perlu berbisik kepada anda kerana nafsu anda sedang melakukan tugas mereka untuk membuat anda berdosa! Dengan bertaubat anda telah memusnahkan usaha mereka, Iblis dan syaitan itu akan berusaha sehabis daya untuk membawa anda kembali ke dalam genggaman mereka supaya anda tewas dalam menentang mereka. Satu pertempuran yang sebelum ini mereka fikir mereka telah memenanginya. Teguhkan pendirian anda dan berlindung kepada Allah supaya tipu daya mereka tidak akan memberi kesan kepada anda.

Perbaharui taubat anda dan  ikhlaskan usaha untuk mengeluarkan noda daripada hati anda. Berdoa dan berzikir. Lakukannya dengan penuh keyakinan dan taqwa untuk mengelakkan anda dari berlengah terhadap perkara kebaikan.

Perlakuan salah berpunca dari keinginan hati atau nafsu yang sering anda penuhi. Keinginan membawa kepada tindakan yang salah kerana ia berakar umbi dalam jiwa anda, yang membuatkan anda bertindak balas dan mengukuhkan keinginan mereka. Syaitan meletakkan bisikan dalam hati, namun  hati anda menolaknya sebagai bukti keimanan anda.

Berhati-hati! Syaitan membuat anda berasa "apa gunanya"? Anda berasa tidak berguna, anda kerap melanggar taubat anda. Jangan sesekali berputus asa. Gantikan dosa anda dengan kembali bertaubat dari kembali melakukan dosa. Taubat adalah satu ibadah. Sebaik-baik orang yang membuat kesilapan adalah orang yang memohon ampun. Hentikan suara dalaman nafsu anda sekarang. Ketahui bahawa menjauhi perlakuan yang salah lebih mudah dilakukan berbanding taubat.

Jangan berhujah dengan bisikan syaitan yang akan mengukuhkan keinginan anda untuk memenuhi kehendak nafsu dengan memikirkan dosa. Tolak dan berpaling dari bisikan tersebut. Sibukkan minda anda dengan perkara lain seperti zikir, selawat, doa. Berlindung kepada Allah dan jangan melayan bisikan tersebut. Apabila anda mengingati Allah maka syaitan akan melarikan diri. Jika anda bertindak balas kepada bisikan maka ia akan menguatkan lagi keinginan nafsu, sebaliknya berzikir kerana ia melatih minda untuk menyekat bisikan. Tangkis segera sekiranya and mula memikirkan tentangnya.

Ingat, setitis air jika dikumpul boleh menyebabkan bah yang memudaratkan. Hati adalah tempat segala kelemahan, tiada apa yang lebih baik daripada memohon ampun untuk membersihkan hati dan teguhkan ia dengan niat yang ikhlas. Sebaik sahaja anda telah membersihkan hati seterusnya anda perlu mengekalkan kesucian hati. Baca doa "Wahai Tuhanku yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam agamamu". "La illaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzaalimeen- Doa Nabi Yunus"