Tindakan - Perkara yang perlu dan tidak perlu dilakukan untuk pemeliharaan

Nikmati kemanisan meninggalkan dosa; buang segala keseronokan dosa dalam ingatan anda.

•Berhati-hati sekiranya anda berpatah balik, dan hentikan pemikiran tersebut sebaik sahaja ia berlaku. Ingat bahawa penurunan setitis air boleh membawa kepada banjir- ia adalah lebih baik untuk menghentikan penurunan titisan air daripada membentuk bah.

Berhati-hati dengan taubat dan taqwa anda, ingat tekad yang anda buat dan sebab-sebab anda membuat resolusi tersebut.

 

Regresi disebabkan oleh 3 perkara, berhati-hati dan elakkan;

•rasa gembira dengan mengingati dosa, walaupun ianya untuk menyalahkan seseorang. Anda telah menutup kisah silam anda maka anda tidak perlu mengingatinya semula tanpa sebarang sebab.

•berlengah dalam tindakan untuk mengatasi dosa; walaupun ia sekadar dalam pemikiran dan bersetuju dengan pemikiran tersebut.

•mencari sesiapa yang senasib dengan anda untuk membincangkan dosa-dosa anda. Ini menjadikan anda selesa dengan dirinya kerana anda merasa mudah untuk membincangkan dosa silam anda. Ini boleh menimbulkan perasaan kasihan dengan mereka yang lain mengenai dosa ini dan mula memikirkan atau melakukan dosa dengan dirinya.

Jika anda gagal memelihara taubat anda,maka anda mengambil risiko penghinaan dan pendedahan terhadap dosa anda.

Jika anda berpaling dari hasutan sebanyak 7 kali, Insya'Allah hasutan tersebut akan hilang. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani kerana anda meninggalkan perbuatan itu semata-mata kerana-Nya. Dia tidak akan menghukum anda untuk itu. Ketahui bahawa sifat penyayang Allah adalah satu hakikat dan ianya mengagumkan kerana Allah hanya menunjukkan perkara yang benar dan membawa kamu ke jalan yang lurus.

 

Allah Telah Menghijab Dosa anda

Satu lagi aspek penting iaitu pemeliharaan adalah konsep hijab. Allah melindungi keaiban dosa anda walaupun anda melanggar perintah-Nya. Jika Allah telah menutup dosa anda maka ini juga merupakan tanda kasih sayang-Nya kerana tidak membuka keaiban hamba-Nya untuk dihina dan didedahkan. Subhanallah. Anda boleh mengekalkan penutupan dosa ini dengan menafikan dosa yang anda lakukan jika anda disoal mengenainya, atau jika anda dituduh tentang dosa tersebut. Jangan jatuhkan diri anda dalam kehinaan dengan membincangkan masa silam anda dengan orang lain.

 

Tindakan - Elakkan dari berbincang tentang dosa silam dan dosa yang anda lakukan 

Anda tidak sepatutnya membincangkan tentang dosa-dosa anda kerana ia akan;

• Membawa anda kepada kehinaan dan kemusnahan diri.

• Ia boleh membuat orang lain mewajarkan perlakuan dosa tersebut kerana mereka akan mula berfikir bahawa memandangkan dosa tersebut tidak memudaratkan anda, oleh itu ia juga tidak akan memudaratkan mereka kerana anda telah melakukannya dan 'terselamat';

• Membincangkan tentang perlakuan  dosa membuat anda mengenal pasti semula perlakuan tersebut, dan mungkin akan membuat anda membayangkan dosa silam dan membenarkannya. Ini boleh membawa kepada pengulangan;

• Dosa anda dilakukan secara rahsia dan anda telah bertaubat secara rahsia. Rahsia ini adalah antara anda dan Pencipta anda. Kerahsiaan ini perlu dikekalkan kerana Allah telah melindungi aib anda daripada orang lain dan menyelamatkan anda dari kehinaan. Jangan masukkan diri anda dalam kehinaan;

• Jangan mencari sesiapa yang senasib dengan anda untuk membincangkan dosa anda dengan mereka. Ini menjadikan anda selesa dengannya kerana anda merasa mudah untuk membincangkan dosa silam dan mungkin melahirkan perasaan kasihan terhadap mereka mengenai dosa ini. Hal ini akan membuat anda berfikir untuk melakukan dosa tersebut  dengan mereka  apabila anda cuba memahami godaan masing-masing.

 

Berusaha untuk menguasai peribadi anda dengan mencari kesempurnaan

Sempurnakan taubat anda dengan tidak kembali kepada dosa. Taubat adalah ibadah maka sempurnakan ibadah anda. Ia adalah satu perjalanan yang panjang, ambil langkah demi langkah. Elakkan dari cuba untuk sampai ke sana dalam masa satu hari, tetapi harapkan kemungkinan jika Allah berkehendak dia boleh membawa anda ke sana dalam sekelip mata. Apabila anda melakukan ibadah, jangan lakukannya sekadar satu rutin yang biasa sebaliknya lakukan ibadah secara berterusan dengan niat untuk menjadikan ia lebih sempurna daripada yang lalu. Jangan sekadar berpuas hati dengan penguasaan diri  anda dalam beribadah.

Tiada had untuk kesempurnaan dan tiada yang benar-benar sempurna kecuali Allah. Kita boleh bercita-cita untuk menjadi sempurna, oleh itu mengejar kesempurnaan  tidak akan habis kerana anda akan sentiasa mencari ruang untuk penambahbaikan dalam apa yang sebelum ini anda fikir adalah sempurna . Ini adalah rahsia menyempurnakan peribadi anda tanpa keangkuhan.

Berhati-hati dengan cuba melakukan tidak terlalu banyak dalam tempoh terlalu awal. Mulakan dengan perkara asas, nafsu mudah dikalahkan namun anda boleh terjebak jika anda berlengah dan mengalami kemurungan. Melakukan terlalu banyak perkara dengan terlalu cepat boleh menyebabkan kehilangan motivasi dan kemalasan.

Kesempurnaan nafsu dan peribadi dicapai melalui ibadah dan taqwa yang semakin meningkat. Anda perlu membuat nafsu anda merendah diri dan bebas dari keangkuhan di hadapan Tuhan. Cari kesempurnaan dalam beribadah; ketahui bahawa mengikuti jalan dan perintah Allah adalah ibadah. Berzikir, berdoa, solat, puasa dan bertaubat kesemuanya adalah ibadah. Lakukan apa sahaja demi Allah dan beribadah kepada-Nya selagi ianya halal dan boleh diterima disisi-Nya iaitu di bawah bimbingan al-Quran dan sunnah.

Pertamanya, berikan matlamat untuk menyempurnakan lima rukun Islam dalam tindakan. Sempurnakan rukun Islam tersebut sebelum menambah pengetahuan dan maklumat, iaitu kajian fiqh- usul, undang-undang dan peraturan, kemudian tambahkan dimensi lain seperti kerohanian / tasawuf untuk mencapai tumpuan yang lebih mendalam dalam ibadah anda. Kesemua yang disebutkan adalah di luar skop buku ini, tetapi mulakan dengan buku asas mengenai Islam. Pelajari asas kemudian beralih kepada buku asas mengenai fiqh bergantung kepada mazhab atau aliran pemikiran yang anda ikuti berdasarkan garis panduan fiqh untuk mengkaji sunnah dan hadis yang digunakan untuk mewajarkan fiqh mazhab tersebut. Seterusnya beralih kepada aspek-aspek rohani. Gunakan perkembangan yang logik dan ambil satu langkah pada satu masa untuk mengelakkan keletihan dengan mengambil terlalu banyak dan untuk mengelakkan kebosanan dan penangguhan..

Untuk mendapatkan kesempurnaan anda memerlukan yang berikut;

• Masuk ke dalam kesempurnaan sebagaimana nafsu anda juga memasukinya- lakukannya secara teratur dan bijak dalam masa yang mencukupi.

• Jangan memilih aspek tertentu yang menarik minat anda sahaja. Sebaliknya paksa diri untuk mempelajari aspek lain kerana  ini melatih nafsu anda untuk taat kepada anda.

• Seimbangkan keadaan pembelajaran anda iaitu tidak terlalu teruja dalam satu hari dan hilang tumpuan pada hari berikutnya. Elakkan ini berlaku dengan memberi segala-galanya mengikut kedudukan dan susunan. Sebagai contoh, mulakan sesuatu dengan menguasai perkara asas tanpa terlalu menumpukan kepada butiran. Sebaik sahaja anda menguasai asas-asas berikan perincian pada satu masa secara berperingkat, kemudian lihat dalil dan bukti dan tingkatkannya dari masa ke masa.

• Dengan menyibukkan diri anda dengan perincian pada permulaan sesuatu perkara boleh membuat anda terlepas pandang perkara asas dan menghalang anda dari penguasaan.

Apabila mendalami agama, atau apa sahaja perkara yang anda ingin kuasai, anda dianjurkan melakukan perkara berikut;

• Belajar daripada guru- sesiapa sahaja yang lebih baik daripada anda adalah guru anda, belajar dengan seseorang yang sudah menguasai apa yang anda mahu,

• Menjadi guru, apabila anda mencapai tahap penguasaan pembelajaran. Kongsi pengetahuan anda dengan orang lain yang mempunyai tahap yang lebih rendah

• Mengkaji pemahaman anda dengan orang lain yang berada pada tahap yang sama seperti anda.

Dengan cara ini anda dapat berjumpa dengan orang lain yang sehaluan seperti anda dan anda boleh gunakan kesempatan ini untuk bertemu kenalan baru dan membina persahabatan dan persaudaraan Islam yang sihat dengan mereka. Sentiasa bertindak dengan penuh ketaqwaan dan bijaksana dalam apa sahaja perkara yang anda ingin lakukan.

 

Tindakan – Penegasan

Penegasan adalah perkataan atau frasa yang disebut berulang-ulang untuk mengesahkan satu pemikiran mengenai diri anda. Ia adalah cara anda  membentuk program negatif dan positif melalui nafsu anda sepanjang hidup anda. Jika fikiran disebut berulang kali, ia akan bertukar menjadi kepercayaan. Fikirkan bahawa kepercayaan ini adalah realiti kita. Ini adalah proses bagaimana hubungan sama jantina  menjadi realiti kita. Oleh kerana kita mencipta kepercayaan ini maka kita juga boleh menukarnya. Disinilah datangnya kebebasan sebenar.

Penegasan yang fokus adalah cara yang baik untuk memulakan hari baru anda. Kekalkan tumpuan kepada pencapaian anda untuk kejayaan yang berterusan. Atasi suara dalaman nafsu anda dan lakukan secara tetap, iaitu, setiap hari. Ingatkan diri anda;

• Saya__nama__ seorang yang lebih baik dan lebih bahagia sekarang kerana saya telah meninggalkan hubungan homoseksual. Subhanallah.

• Saya__nama_ akan mengumpulkan kekuatan demi kekuatan untuk terus mengawal nafsu saya kerana Allah, memandangkan saya telah membuktikan bahawa saya boleh melakukannya. Insya Allah.

• Saya _nama_ ingin memenuhi tanggungjawab saya kepada keluarga, rakan-rakan dan jiwa saya sebaik yang mungkin, dan akan tetap teguh kini dan selamanya dalam mencari keredaan Allah. Mashallah.

Ini hanyalah beberapa contoh, buat ikrar penegasan anda sendiri. Pastikan ikrar anda adalah khusus (tidak secara umum), dalam waktu sekarang (perubahan sudah berlaku) dan peribadi, contohnya Gunakan perkataan 'saya' dan nama anda . 

Ulangi ikrar anda setiap hari, lafazkan dengan kuat kepada diri sendiri, tulis semula ikrar anda, bisikkan ikrar pada diri, baca ikrar tersebut. Jadikan ia satu tabiat untuk mengingatkan kedudukan diri anda dan bagaimana anda merancang untuk meneruskannya. Idea ini perlu diulang sehingga anda menjadi terbiasa dengannya dan menjadi pegangan anda. Berdoa semoga Allah memenuhi semua keperluan yang halal di dunia ini dan di akhirat nanti.

 

Doa vs. Penegasan dan Doa untuk mengatasi masalah homoseksualiti

Berikut adalah doa yang boleh digunakan terhadap homoseksual dan hubungan sesama jantina atau apa jua hubungan seksual yang menyalahi tabii iaitu ketagihan porno / melancap / hubungan heteroseksual. 

Doa ini meminta Allah untuk melindungi anda daripada dosa yang juga melibatkan anggota badan dan hati anda. Doa ini boleh digunakan sebagai Ikrar penegasan. Ulangi kepada diri anda setiap hari dengan penuh taqwa; ia mengingatkan anda bahawa anda sedang mencari perlindungan daripada tingkah laku tertentu. Ia mengingatkan anda kepada Allah dan mengingatkan tentang keazaman yang anda buat dalam taubat anda. Perhatikan kata-kata dalam doa ini; ia adalah dalam masa sekarang, ia adalah peribadi dan khusus untuk rangsangan (kerosakan) yang membawa kepada pertumpahan air mani iaitu pembebasan seksual. 

Doa ini adalah dari Sunan Abu Dawud, ia adalah satu doa yang disarankan oleh Nabi Muhammad saw. (Lihat lampiran doa; Doa nombor 71).

Allahumma inni audhu bika min sharri sam'ee, wa min sharri baswaree, wa min sharri lisaanee , wa min sharri qalbee, wa min sharri mani-yee.

(Abu Dawud, Book 8, Number 1546)

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan telinga, mata, lidah, hati dan air mani ku (keghairahan seksual)”

Jangan lupa bahawa nafsu bersifat licik. Ia akan merayu kepada minda dan hati anda dan menggunakan setiap satu daripada kelemahan anda; ia akan memerangkap anda dengan memberi cadangan yang rasional dan juga  tidak rasional untuk menentang perubahan. Adalah penting untuk menundukkan nafsu anda dengan menggunakan logik dan mengingati Allah. Melalui logik anda menangani nafsu anda dan memberi alasan rasional mengapa anda tidak lagi mahu berkelakuan seperti dahulu. Jangan benarkan nafsu anda merasionalkan keinginan dan godaan terhadap hubungan seksual terlarang. Dengan mengingati Allah anda mengukuhkan mesej tersebut dan menguatkan taqwa anda, serta membuatkan iblis melarikan diri dari membisikkan hasutan ke dalam hati anda.

Ingati perkara berikut dari perenggan sebelum ini:

Sentiasa sedar bahawa orang yang bertaubat dan menyesal adalah penghinaan terbesar kepada iblis, kerana iblis dan syaitan telah bekerja keras untuk membuat anda berdosa dan menjadikan nafsu anda berterusan ingin melakukan dosa . Dengan cara ini mereka tidak lagi perlu berbisik kepada anda kerana nafsu anda telah melaksanakan tugas tersebut bagi pihak mereka! Dengan bertaubat anda telah memusnahkan usaha mereka. Iblis dan syaitan akan berusaha sehabis mungkin untuk membawa anda kembali ke dalam ke genggaman mereka, kerana anda pernah tewas dengan godaan mereka sebelum ini. Ia adalah satu pertempuran yang mana mereka fikir mereka telah menang dan akan menang lagi untuk pusingan seterusnya.

erhati-hati dengan kemalasan dan sikap bertangguh. Cara untuk mengatasi sikap bertangguh adalah dengan membuat rutin dan mengamalkannya secara tetap. Jangan dengar kepada nafsu yang membisikkan 'Sekali lagi tidak akan mendatangkan mudarat / saya akan meninggalkannya dulu dan melakukannya kemudian’. Tidakkah anda sedar? Nafsu sedang menahan anda! Bangkit semula dan mulakan langkah. Anda yang mengawal nafsu anda- nafsu anda tidak boleh mengawal anda.

Berhati-hati dengan nafsu kerana ia dengan licik memperdayakan anda agar melakukan sesuatu ke tahap yang berlebihan. Nafsu bukan sahaja boleh menahan anda dari melakukan sesuatu, ia juga boleh melakukan perkara yang bertentangan dengan membuatkan anda melakukan sesuatu terlalu banyak atau membuat anda cuba untuk melakukan lebih daripada apa yang boleh dilakukan. Nafsu boleh membuatkan anda berputus asa. Oleh itu adalah penting untuk menjadikannya seimbang. Jangan lakukan sesuatu di luar kemampuan anda sebaliknya lakukan sesuatu secara berperingkat mengikut tahap kemampuan anda. Ia adalah lebih baik untuk melakukan sesuatu yang kurang secara lebih kerap berbanding melakukan sesuatu terlalu banyak tetapi jarang mengamalkannya. Penuhi minda anda dengan sesuatu bermanfaat namun dalam masa yang sama amalkannya secara berterusan. Dengan melakukan sesuatu yang kurang secara lebih kerap, anda boleh berpegang kepada rejim anda dan mempunyai masa untuk mengimbangi agama dan dunia.

Satu lagi perangkap nafsu adalah mengaburkan anda dengan perincian. Jangan begitu obses dengan perincian kerana ‘anda tidak boleh melihat hutan kerana pokok!' Perkara yang lebih penting daripada perincian adalah keikhlasan di sebaliknya. Sebagai contoh, jangan terlalu memandang perincian mengapa anda memegang tangan anda dalam kedudukan yang berbeza ketika bersolat. Sebaliknya kuasai asas dan berpegang kepada apa yang telah anda pelajari. Ia adalah lebih penting untuk anda menunaikan solat dari terlalu memikirkan perincian kedudukan tangan anda ketika bersolat. Setelah anda membiasakan diri dengan rutin yang anda aturkan, pastikan anda benar-benar bersedia untuk secara beransur-ansur menambah rutin untuk menyempurnakan ibadah anda, sehingga anda sampai ke peringkat di mana hanya  Allah yang Maha Mengetahui kesempurnaan ibadah yang telah anda usahakan.

Sekiranya anda teringat kepada perlakuan salah yang pernah anda lakukan, bertaubat segera dan lupakan kisah silam anda. Jangan terlalu memikirkan perlakuan salah anda. Anda tidak boleh berputus asa dan jijik terhadap diri sendiri. Iblis akan membisikkan kepada nafsu anda, dan membuatkan anda  memikirkan dosa-dosa silam, menjadikan anda hilang harapan dan berasa tidak layak untuk menjadi seorang hamba Allah. Ingat pada rahmat Tuhan dan mohon perlindungan dari bisikan syaitan. Nafsu sangat menentang perubahan, ia hanya memilih jalan dan cara yang ia telah biasa lalui. Wajarkan kepentingan tentang perubahan yang anda lakukan dengan kebijaksanaan dan logik.

Semak sebab di sebalik tindakan anda; adakah anda melakukannya kerana ego anda sendiri? Adakah anda melakukannya untuk berasa lebih baik mengenai diri anda atau kerana Allah? Elakkan dari mempamerkan amal kebaikan anda kepada orang lain, lakukan segala-galanya untuk mendapat keredhaan Allah.

Jangan sekali-kali membiarkan perlakuan salah menghalang anda daripada mendapatkan rahmat dari Tuhan, kerana ia boleh menjadi dosa terakhir yang anda lakukan! Elakkan berfikir bahawa Allah tidak boleh mengeluarkan anda dari keadaan di mana anda berada sekarang; ia membuatkan anda cuba menidakkan  kuasa Ilahi. Dia boleh mengampunkan anda sekarang! Renungkan penyerahan diri anda kepada Allah dan jangan anda lepaskan pergantungan diri anda daripadaNya.

Jangan terlalu yakin. Nafsu anda mungkin membuat anda sombong dan membuat anda berfikir bahawa diri anda kebal selepas beberapa ketika anda mengelakkan dosa. Anda mula berfikir bahawa anda telah mengatasi nafsu. Ia boleh membuat anda menguji diri anda dengan pergi ke tempat / situasi dimana anda pernah melakukan maksiat. Elakkan ujian ini supaya anda tidak terperangkap dengan dugaan! Tidak perlu untuk mengenang semula dosa silam, seharusnya anda bersyukur bahawa anda tidak lagi melakukan dosa tersebut. Jika anda tidak lagi melakukannya dan tidak berniat untuk melakukannya, maka tiada lagi keperluan untuk menguji diri anda kerana anda tidak akan mendapat apa-apa sebaliknya menghadapi risiko kehilangan segala-galanya. Dosa anda adalah seperti api dari arang batu; dengan melayan nafsu anda, anda telah memadamkan api dan arang batu kembali menjadi hitam. Sekiranya anda tewas kepada godaan nafsu, anda akan menyedari arang batu adalah bara dan dengan sedikit angin sahaja akan menjadikan ia menyala semula dengan ganas. Potensi untuk api menyala  semula masih wujud.

Perangkap terakhir agar anda berwaspada adalah dengan mengelakkan dari mencari justifikasi atau mewajarkan dosa. Jangan biarkan diri anda percaya walau seketika bahawa dosa tersebut mungkin dibenarkan dalam Islam. Hubungan homoseksual tidak dibenarkan sama sekali dan ini telah dinyatakan dalam al-Quran dan Hadis dengan jelas; homoseksualiti tidak diterima dalam Islam.

Sesetengah orang cuba mewajarkan dosa-dosa ini dengan memberikan hujah dan tafsiran yang mengelirukan serta memberi penerangan yang menyimpang dari konteks sebenar. Internet sering dipenuhi dengan pandangan yang menyeleweng. Elakkan sumber-sumber maklumat seperti ini dan berhati-hati terhadap hujah-hujah yang telah dikemukakan kerana ia boleh memujuk nafsu anda untuk mengulang semula dosa anda walaupun ia kelihatan seperti tidak logik atau tidak rasional. Nafsu mungkin melakukan perkara yang orang lain lakukan kerana ia sering berhujah: jika mereka boleh melakukannya atas sebab x, y atau z maka anda juga boleh melakukannya. Ini hanyalah pendapat peribadi mereka yang ingin melakukan maksiat. Nafsu membiarkan mereka bergelumang dalam dosa dengan membuatkan  mereka berfikir bahawa dengan mendapatkan orang lain membuat perkara yang sama menjadikan dosa tersebut boleh diterima. Ini adalah langkah egois dimana nafsu dan syaitan telah menggoda mereka untuk melakukan dosa dan mengheret orang lain bersama-sama mereka untuk membuang perasaan bersalah mereka kerana melakukan dosa. Tidak perlu untuk mencari hujah-hujah seperti ini kerana anda sudah mempunyai sumber yang anda perlukan untuk meninggalkan dosa ini. Allah adalah sebaik-baik panduan dan sumber keselamatan. Berlindunglah kepada Allah dari orang-orang yang menyesatkan kamu.