Jangan lupa bahawa nafsu bersifat licik. Ia akan merayu kepada minda dan hati anda dan menggunakan setiap satu daripada kelemahan anda; ia akan memerangkap anda dengan memberi cadangan yang rasional dan juga  tidak rasional untuk menentang perubahan. Adalah penting untuk menundukkan nafsu anda dengan menggunakan logik dan mengingati Allah. Melalui logik anda menangani nafsu anda dan memberi alasan rasional mengapa anda tidak lagi mahu berkelakuan seperti dahulu. Jangan benarkan nafsu anda merasionalkan keinginan dan godaan terhadap hubungan seksual terlarang. Dengan mengingati Allah anda mengukuhkan mesej tersebut dan menguatkan taqwa anda, serta membuatkan iblis melarikan diri dari membisikkan hasutan ke dalam hati anda.

Ingati perkara berikut dari perenggan sebelum ini:

Sentiasa sedar bahawa orang yang bertaubat dan menyesal adalah penghinaan terbesar kepada iblis, kerana iblis dan syaitan telah bekerja keras untuk membuat anda berdosa dan menjadikan nafsu anda berterusan ingin melakukan dosa . Dengan cara ini mereka tidak lagi perlu berbisik kepada anda kerana nafsu anda telah melaksanakan tugas tersebut bagi pihak mereka! Dengan bertaubat anda telah memusnahkan usaha mereka. Iblis dan syaitan akan berusaha sehabis mungkin untuk membawa anda kembali ke dalam ke genggaman mereka, kerana anda pernah tewas dengan godaan mereka sebelum ini. Ia adalah satu pertempuran yang mana mereka fikir mereka telah menang dan akan menang lagi untuk pusingan seterusnya.

Berhati-hati dengan kemalasan dan sikap bertangguh. Cara untuk mengatasi sikap bertangguh adalah dengan membuat rutin dan mengamalkannya secara tetap. Jangan dengar kepada nafsu yang membisikkan 'Sekali lagi tidak akan mendatangkan mudarat / saya akan meninggalkannya dulu dan melakukannya kemudian’. Tidakkah anda sedar? Nafsu sedang menahan anda! Bangkit semula dan mulakan langkah. Anda yang mengawal nafsu anda- nafsu anda tidak boleh mengawal anda.

Berhati-hati dengan nafsu kerana ia dengan licik memperdayakan anda agar melakukan sesuatu ke tahap yang berlebihan. Nafsu bukan sahaja boleh menahan anda dari melakukan sesuatu, ia juga boleh melakukan perkara yang bertentangan dengan membuatkan anda melakukan sesuatu terlalu banyak atau membuat anda cuba untuk melakukan lebih daripada apa yang boleh dilakukan. Nafsu boleh membuatkan anda berputus asa. Oleh itu adalah penting untuk menjadikannya seimbang. Jangan lakukan sesuatu di luar kemampuan anda sebaliknya lakukan sesuatu secara berperingkat mengikut tahap kemampuan anda. Ia adalah lebih baik untuk melakukan sesuatu yang kurang secara lebih kerap berbanding melakukan sesuatu terlalu banyak tetapi jarang mengamalkannya. Penuhi minda anda dengan sesuatu bermanfaat namun dalam masa yang sama amalkannya secara berterusan. Dengan melakukan sesuatu yang kurang secara lebih kerap, anda boleh berpegang kepada rejim anda dan mempunyai masa untuk mengimbangi agama dan dunia.

Satu lagi perangkap nafsu adalah mengaburkan anda dengan perincian. Jangan begitu obses dengan perincian kerana ‘anda tidak boleh melihat hutan kerana pokok!' Perkara yang lebih penting daripada perincian adalah keikhlasan di sebaliknya. Sebagai contoh, jangan terlalu memandang perincian mengapa anda memegang tangan anda dalam kedudukan yang berbeza ketika bersolat. Sebaliknya kuasai asas dan berpegang kepada apa yang telah anda pelajari. Ia adalah lebih penting untuk anda menunaikan solat dari terlalu memikirkan perincian kedudukan tangan anda ketika bersolat. Setelah anda membiasakan diri dengan rutin yang anda aturkan, pastikan anda benar-benar bersedia untuk secara beransur-ansur menambah rutin untuk menyempurnakan ibadah anda, sehingga anda sampai ke peringkat di mana hanya  Allah yang Maha Mengetahui kesempurnaan ibadah yang telah anda usahakan.

Sekiranya anda teringat kepada perlakuan salah yang pernah anda lakukan, bertaubat segera dan lupakan kisah silam anda. Jangan terlalu memikirkan perlakuan salah anda. Anda tidak boleh berputus asa dan jijik terhadap diri sendiri. Iblis akan membisikkan kepada nafsu anda, dan membuatkan anda  memikirkan dosa-dosa silam, menjadikan anda hilang harapan dan berasa tidak layak untuk menjadi seorang hamba Allah. Ingat pada rahmat Tuhan dan mohon perlindungan dari bisikan syaitan. Nafsu sangat menentang perubahan, ia hanya memilih jalan dan cara yang ia telah biasa lalui. Wajarkan kepentingan tentang perubahan yang anda lakukan dengan kebijaksanaan dan logik.

Semak sebab di sebalik tindakan anda; adakah anda melakukannya kerana ego anda sendiri? Adakah anda melakukannya untuk berasa lebih baik mengenai diri anda atau kerana Allah? Elakkan dari mempamerkan amal kebaikan anda kepada orang lain, lakukan segala-galanya untuk mendapat keredhaan Allah.

Jangan sekali-kali membiarkan perlakuan salah menghalang anda daripada mendapatkan rahmat dari Tuhan, kerana ia boleh menjadi dosa terakhir yang anda lakukan! Elakkan berfikir bahawa Allah tidak boleh mengeluarkan anda dari keadaan di mana anda berada sekarang; ia membuatkan anda cuba menidakkan  kuasa Ilahi. Dia boleh mengampunkan anda sekarang! Renungkan penyerahan diri anda kepada Allah dan jangan anda lepaskan pergantungan diri anda daripadaNya.

Jangan terlalu yakin. Nafsu anda mungkin membuat anda sombong dan membuat anda berfikir bahawa diri anda kebal selepas beberapa ketika anda mengelakkan dosa. Anda mula berfikir bahawa anda telah mengatasi nafsu. Ia boleh membuat anda menguji diri anda dengan pergi ke tempat / situasi dimana anda pernah melakukan maksiat. Elakkan ujian ini supaya anda tidak terperangkap dengan dugaan! Tidak perlu untuk mengenang semula dosa silam, seharusnya anda bersyukur bahawa anda tidak lagi melakukan dosa tersebut. Jika anda tidak lagi melakukannya dan tidak berniat untuk melakukannya, maka tiada lagi keperluan untuk menguji diri anda kerana anda tidak akan mendapat apa-apa sebaliknya menghadapi risiko kehilangan segala-galanya. Dosa anda adalah seperti api dari arang batu; dengan melayan nafsu anda, anda telah memadamkan api dan arang batu kembali menjadi hitam. Sekiranya anda tewas kepada godaan nafsu, anda akan menyedari arang batu adalah bara dan dengan sedikit angin sahaja akan menjadikan ia menyala semula dengan ganas. Potensi untuk api menyala  semula masih wujud.

Perangkap terakhir agar anda berwaspada adalah dengan mengelakkan dari mencari justifikasi atau mewajarkan dosa. Jangan biarkan diri anda percaya walau seketika bahawa dosa tersebut mungkin dibenarkan dalam Islam. Hubungan homoseksual tidak dibenarkan sama sekali dan ini telah dinyatakan dalam al-Quran dan Hadis dengan jelas; homoseksualiti tidak diterima dalam Islam.

Sesetengah orang cuba mewajarkan dosa-dosa ini dengan memberikan hujah dan tafsiran yang mengelirukan serta memberi penerangan yang menyimpang dari konteks sebenar. Internet sering dipenuhi dengan pandangan yang menyeleweng. Elakkan sumber-sumber maklumat seperti ini dan berhati-hati terhadap hujah-hujah yang telah dikemukakan kerana ia boleh memujuk nafsu anda untuk mengulang semula dosa anda walaupun ia kelihatan seperti tidak logik atau tidak rasional. Nafsu mungkin melakukan perkara yang orang lain lakukan kerana ia sering berhujah: jika mereka boleh melakukannya atas sebab x, y atau z maka anda juga boleh melakukannya. Ini hanyalah pendapat peribadi mereka yang ingin melakukan maksiat. Nafsu membiarkan mereka bergelumang dalam dosa dengan membuatkan  mereka berfikir bahawa dengan mendapatkan orang lain membuat perkara yang sama menjadikan dosa tersebut boleh diterima. Ini adalah langkah egois dimana nafsu dan syaitan telah menggoda mereka untuk melakukan dosa dan mengheret orang lain bersama-sama mereka untuk membuang perasaan bersalah mereka kerana melakukan dosa. Tidak perlu untuk mencari hujah-hujah seperti ini kerana anda sudah mempunyai sumber yang anda perlukan untuk meninggalkan dosa ini. Allah adalah sebaik-baik panduan dan sumber keselamatan. Berlindunglah kepada Allah dari orang-orang yang menyesatkan kamu.