Kejayaan bergantung kepada kekuatan pegangan anda untuk berubah kerana Allah, kuasa-Nya ke, rahmat-Nya dan kasih-Nya kepada anda. Cinta anda adalah tanpa syarat kepada-Nya dan anda perlu berazam untuk menjadi lebih dekat kepada-Nya. Anda mesti percaya kepada satu kepastian bahawa kepada Dia anda akan kembali. Nasib anda di dunia ini dan di alam seterusnya adalah bergantung kepada-Nya. Anda mesti mengetahui bahawa Dia adalah Tuhan yang menciptakan, tetapi anda adalah tuan kepada keputusan yang anda lakukan, kerana Dia telah memberikan anda kebebasan untuk memilih antara yang benar dan yang salah, dan ini adalah asas kepada segala ujian dan dugaan diberikan oleh-Nya kepada anda. Pilihan untuk memilih-Nya adalah milik anda. Ujian dan dugaan adalah sebagai peringatan dari-Nya bahawa Dia memberikan anda peluang untuk kembali kepada-Nya dengan memilih jalan yang benar.

Anda mesti mengambil langkah-langkah ke arah kebenaran. Allah akan memudahkan anda dan menunjukkan jalan-Nya kepada anda. Renungkan ringkasan indah ini yang saya temui di internet (semoga Allah memberkati penulis), ia menyentuh jiwa orang yang memohon bimbingan, dan janji-janji yang dibuat oleh Allah kepada orang yang memohon pengampunan-Nya;

Ini adalah perjuangan senyap dan peribadi yang mana hanya anda yang boleh melaluinya. Walaupun anda menghadapinya secara sendiri, ketahui bahawa anda tidak bersendirian. Allah bersama anda. Dia sentiasa bersama anda. Matlamat buku ini boleh diringkaskan dalam satu kenyataan; 

Matlamatnya adalah untuk mempunyai Uluwwal Himmah (aspirasi rohani untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui ibadah) untuk mencapai istiqamah (berpendirian teguh atas jalan yang lurus) melalui taqwa (takut dan cinta kepada Pencipta) dengan melakukan taubat (bertaubat daripada dosa dan mempunyai resolusi mutlak untuk berubah), supaya kita boleh membina Himmah yang lebih tinggi untuk mencapai tahap istiqamah yang lebih tinggi.

Matlamatnya adalah untuk mempunyai Himmah yang tinggi untuk mencapai istiqamah melalui taqwa- dengan melakukan taubat, supaya kita boleh membina Himma yang lebih tinggi untuk mencapai tahap istiqamah yang lebih tinggi.

Taubat adalah satu proses yang berterusan; kita boleh memohon keampunan kerana melakukan dosa atau mengabaikan peluang untuk berbuat baik, dalam kedua-dua kes, kita telah terlepas peluang untuk memilih jalan yang betul. Taubat adalah tahap ibadat yang tinggi kerana kita memilih untuk mengakui segala dosa kita dengan penyesalan dan kembali kepada jalan Allah. Ia adalah peluang untuk memohon hidayah dan rahmat dari Allah secara peribadi, membolehkan kita untuk merenung kesalahan dan memperbaiki diri kita agar kita dapat menempuh jalan yang lurus;  Siratul Mustaqeem.

Langkah-langkah asas perubahan yang dibincangkan dalam buku ini boleh diringkaskan seperti berikut:

Teruskan solat lima kali sehari, dekatkan diri anda kepada Allah. Berusaha untuk sentiasa mengingati-Nya di mana sahaja anda berada. Tingkatkan pergantungan anda kepada Allah agar Dia membantu anda untuk semua perkara dalam kehidupan anda.

Kini anda telah membuat keputusan untuk keluar dari hubungan sesama jantina dan meninggalkan keburukan masa silam anda. Anda telah mendapat kesedaran, membuat pertimbangan dan membina semula pegangan dan kepercayaan. Seterusnya anda bertaubat dan mulakan hidup baru. Anda kemudian mengambil langkah untuk mengubah diri dan mendekatkan semula diri anda dengan Allah dengan cara mengawal nafsu anda. Kini apa lagi yang perlu anda lakukan?

Anda perlu mendapatkan kesempurnaan dalam pegangan agama. Belajar dan amalkan asas-asas Islam, mulakan dengan solat (solat lima waktu). Selesakan diri dengan rutin dan kekalkannya, kemudian sempurnakan setiap pergerakan dan pelajari kepentingan yang terkandung disebaliknya. Pelajari tasbih dan doa dalam solat, fahami setiap maknanya. Sentiasa mengambil langkah-langkah progresif untuk meningkatkan pengetahuan dan ibadah anda. Kaji dan dalami pengetahuan mengenai ibadah dan mula laksanakannya dalam hidup anda. Jika perlu, mulakan pembelajaran anda tentang lima rukun Islam. Mula berusaha untuk beribadah kepada Allah dengan sempurna.

Terus berusaha meninggalkan hubungan homoseksual, lama-kelamaan ia akan meninggalkan anda.

Sibukkan diri anda dengan sentiasa melangkah ke hadapan dan kumpulkan kekuatan untuk beribadah, berusaha untuk menjadi seorang Muslim yang mencari kesempurnaan dan lakukan ini semua kerana Allah. 

Saya rasa ini adalah masa yang baik untuk berkongsi salah satu petikan kegemaran saya; 

 

Imam Ghazali Rahmatullahi alaih berkata:

"Ilmu tanpa tindakan adalah kegilaan dan tindakan tanpa ilmu adalah sia-sia."

Anda telah membaca buku ini dan memperolehi pengetahuan. Jika anda mengamalkannya ia dapat membantu anda membebaskan diri dari belenggu dosa khususnya hubungan sesama jantina. Pengetahuan ini dapat menyelamatkan jiwa anda daripada hukuman di akhirat dan membantu anda untuk menghayati Islam agar anda bersedia untuk bertemu Allah dengan bermaruah... dengan syarat anda mengamalkan apa yang telah anda pelajari. Bertindak tanpa pengetahuan ini atau memilih untuk mengabaikan pengetahuan ini dan berterusan hidup dalam dosa adalah satu perkara yang amat sia-sia untuk dilakukan, kerana anda lebih mengutamakan obsesi egosentrik anda, ketagihan dan kebanggaan anda terhadap hubungan homoseksual berbanding perkara lain.

Kejahilan dan penyerahan diri kepada godaan nafsu akan membawa anda kepada azab yang dijanjikan dalam neraka dan kubur; tidakkah anda ingin menagih janji rahmat dan kasih sayang daripada Pencipta anda? Ketahui bahawa ini hanya dapat dicapai melalui ketaatan anda kepada Allah yang Maha Besar.

Apabila kita berdosa, kita cenderung untuk terus terjebak ke dalamnya kerana kita tidak bertindak balas dengan betul dan bergelumang dalam dosa itu. Apabila seseorang menyerah kepada nafsu, ia mengambil banyak usaha untuk keluar dari dosa sehinggakan mereka tertekan. Akibatnya mereka menjadi lebih jauh dari Allah. Apa yang perlu kita lakukan, elakkan dari kemurungan dan terus mengulangi dosa tersebut. Setiap dosa yang kita lakukan perlu diatasi dengan ibadah. Dengan segera melakukan taubat, ia menghalang kita daripada terus berputus asa dan mengingatkan kita bahawa kita telah melanggar perintah Allah dan kita mesti mengelak dari melakukannya lagi. Dengan cara ini anda menutup peluang kepada syaitan untuk menjadikan anda berputus asa dan jauh dari Allah.

Dosa hubungan homoseksual boleh menjadi satu perkara lampau jika anda biarkan ia berlalu pergi, jika anda melaksanakan tindakan untuk membebaskan diri dari ikatan dosa dengan penuh rasa keikhlasan kepada diri sendiri dan Allah. Keputusan ini adalah milik anda. Matlamatnya adalah Allah. Semoga Allah memberikan anda setiap kejayaan dengan mudah. Ketahuilah bahawa dengan peredaran masa, perjalanan ini akan menjadi lebih mudah.

Saya akhiri penulisan ini dengan doa yang dipetik dari Surah Al-Fatihah;

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Sirat ul Mustaqeem);

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Aamiiin...

Doa ini dengan indahnya merumuskan matlamat utama untuk meninggalkan dosa. Anda mungkin sudah mengetahuinya dalam Bahasa Arab. Ia adalah doa asas dan merupakan surah Al-Quran dalam Islam, ia adalah surah Al-Fatihah; permulaan bab daripada Quran. Maka amalkan selalu membaca Surah Al-Fatihah untuk mengingatkan anda apa yang ingin anda capai

*** Saya memohon maaf jika saya didapati menyinggung perasaan anda melalui penulisan saya ini. Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa. Apa yang saya cuba lakukan adalah berterus-terang supaya anda dapat meneroka realiti apa yang telah anda capai dalam kehidupan di dunia ini dan apa yang ingin anda capai untuk kehidupan seterusnya di akhirat. Maafkan juga untuk segala kesilapan bahasa dari segi ejaan dan tatabahasa yang masih ada; kerana saya telah pun berusaha mengurangkan kesilapan bahasa yang terdapat dalam penulisan ini. Saya menghasilkan penulisan ini secara sepintas lalu, dan tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan khidmat suntingan kerana saya ingin hasil penulisan ini kekal tanpa nama dan meneruskan perjuangan saya secara senyap.