Berikut adalah beberapa doa khusus untuk saya mendapatkan ketenangan dan inspirasi. Doa-doa ini dipetik dari al-Quran, hadis dan karya ilmiah. Saya telah menyediakan transliterasi Bahasa Arab, terjemahan dan rujukan untuk manfaat bersama. 

Sila luangkan masa untuk membaca sekaligus memahami apa yang dilampirkan. Renungi setiap makna dan bagaimana ia berkaitan dengan situasi dan dosa anda. Alhamdulillah, Allah telah memberi kita petunjuk dan kaedah untuk kembali kepadanya melalui al-Quran dan Sunnah.

Cuba hafal beberapa dari senarai yang diberik. Anda tidak perlu mengingati kesemuanya melainkan atas kemahuan anda. Amalkannya apabila anda sedang berjuang, dalam kehidupan harian dan rejim anda. Baca atau hafal amalan yang diberikan apabila anda mempunyai masa lapang atau ketika anda menghadapi godaan.

 

Ia adalah penting untuk membaca makna, dan gunakannya mengikut kesesuaian situasi dan keperluan anda. Tajuk yang diberikan untuk setiap doa, selawat dan zikir adalah sebagai panduan untuk anda menggunakannya mengikut waktu dan keadaan yang sesuai. Doa adalah peribadi oleh itu gunakannya untuk apa sahaja tujuan bagi memenuhi keperluan anda. 

Tidak ada masa tertentu untuk berdoa, anda boleh melakukannya di mana sahaja pada bila-bila masa. Gunakannya untuk beribadah, mengingati Allah. Berzikir di akhir setiap solat fardu harian anda, ketika anda masuk tidur dan bangun dari tidur. Amalkannya setiap kali anda perlu. Amalkannya untuk inspirasi. Lafazkan dalam bahasa anda sendiri. Paling penting, lakukannya dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.

Lafazkannya samada secara kuat, secara senyap-senyap, dalam fikiran anda, dalam hati anda. Bersungguh-sunguh dalam memohon pertolongan Allah, rasakan rahmat-Nya, rasakan doa anda diterima. Berdoa dan berusaha sebaik mungkin apa yang anda inginkan. Allah akan memberikan apa yang terbaik untuk anda.

Saya telah memasukkan doa untuk mencari pasangan dan dikurniakan zuriat, kerana ini menjadi asas matlamat utama kami ... doa ini tidak dimasukkan tanpa tujuan.

Ingat bahawa doa boleh dibuat dalam mana-mana bahasa dan ia bersifat peribadi di antara anda dan Allah. Anda boleh meminda doa-doa tersebut mengikut keperluan anda, atau mengambil inspirasi daripada perkara yang diminta dalam doa-doa tersebut dan berdoa menggunakan kata-kata anda sendiri.

Saya berharap doa-doa ini memberi inspirasi kepada anda sebanyak mana ia memberi inspirasi kepada saya. Keindahan doa-doa ini dapat dirasakan apabila ia dibacakan dengan penuh perasaan dan penghayatan. Dosa-dosa anda sudah cukup membuatkan anda menangis kerana anda sedar bahawa Allah bukan sahaja telah memberikan peluang untuk anda bertaubat, dan bukan sahaja Dia menunjukkan anda cara untuk bertaubat, tetapi Dia juga mengajarkan kepada anda kata-kata untuk bertaubat! Subhanallah, begitu agung kebesaran-nya kerana Dia telah memudahkan kita hingga kepada sekecil-kecil perkara namun kita masih gagal untuk menyedari rahmat dan kasih-Nya untuk kita.

Berikut adalah senarai doa dalam bentuk indeks bagi memudahkan pembaca mencari doa kerana ia tidak disusun mengikut susunan tertentu. Saya menjadikan doa-doa ini sebagai amalan seharian dan mengingati doa-doa yang ringkas. Saya biasanya membaca doa-doa tersebut pada waktu rehat di tempat kerja, pada waktu yang tenang, selepas solat, atau apabila masuk tidur. Saya akan membaca keseluruhan doa tersebut sekurang-kurangnya sekali sehari selepas solat Isyak. Manakala doa-doa yang menjadi hafalan, saya akan mengamalkannya sepanjang hari untuk melawan godaan dan perasaan putus asa dan rasa bersalah. Ambil sedikit masa untuk membaca makna doa-doa tersebut dan pilih doa yang berkaitan dengan diri anda. Lakukan carian doa anda sendiri kerana terdapat lebih banyak doa sahih dari Al-Quran dan Sunnah. Senarai ini tidak lengkap sepenuhnya dan tidak secara menyeluruh. Cetak doa-doa tersebut dan jadikan ia sebagai rujukan anda pada bila-bila masa anda memerlukannya.

  

1. DOA MOHON DIBERI  PETUNJUK DAN KEAMPUNAN 

RABBANA LA TUZIGH QULUBANA BA’DA 'IZ HADAYTANAWA HAB LANA MIL-LADUNKA RAHMAH; INNAKA ANTAL-WAHHAB.

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (Al-Imran: 8)

 

2. DOA MOHON KEAMPUNAN DAN DILINDUNGI DARI AZAB API NERAKA

RABBANA 'INNANA 'AMANNA FAGHFIR LANA DHUNUBANA WAQINA ADHABAN-NAR;

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka" (Al-Imran: 16)

 

3. DOA MOHON DOSA DIAMPUNKAN DAN TAUBAT DITERIMA:

RABBANA ZALAMNA 'ANFUSANA: WA 'ILLAM TAGHFIR-LANA WA TARHAMNU LANAKUNANNA MINAL-KHASIRiN.

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". (Al-A'raf :23)

 

4. DOA MOHON DIJAUHKAN DARI TERGOLONG DIKALANGAN ORANG YANG BERDOSA

RABBANA LA TAJALNA MA'AL-QAWMIZ-ZALIMiN

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim".  (Al-A'raf: 47) 

 

5. DOA MOHON KEAMPUNAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN

QALA RABBI IGHFIR LEE WALI-AKHEE WA-ADKHILNA FEE RAHMATIKA WA ANTA ARHAMURRAHIMEEN

"Katakanlah, wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani". (Al-A’raf: 151)

 *Lafazkan transliterasi Arab dalam tulisan yang dihitamkan.

 

6. DOA MOHON  DILEPASKAN DARI DOSA DAN UJIAN

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah: 286)

 

7. DOA MOHON  DIKURNIAKAN ZURIAT YANG SOLEH


HUNALIKA DA'A ZAKARIYYA RABBAHU QALA RABBI HAB LEE MILADUNKA DHURRIYYATAN TAYYIBATAN INNAKA SAMEEU DDUA

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".(Al-Imran:38 )

*Lafazkan transliterasi Arab dalam tulisan yang dihitamkan.

 

8. DUA MOHON DIBERIKAN KESABARAN DAN KEKUATAN DIRI


WAMA TANQIMU MINNAA ILLAAN AMANNA BI-AYATI RABBINA LAMMA JA-ATNA RABBANA AFRIGH ALAYNA SABRAN WATAWAFFANA MUSLIMEEN

"Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami". (Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)". (Al-A’raf:126) 

* Lafazkan transliterasi Arab dalam tulisan yang dihitamkan.

 

9. DOA MOHON DISEMPURNAKAN AMAL IBADAH DAN ZURIAT YANG SOLEH


RABBI IJALNEE MUQEEMA ASSALAWAATI WAMIN DHURRIYYATEE RABBANA WATAQABBAL DUAAA 

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Ibrahim:40)

  

10.DUA AGAR ALLAH MEMUDAHKAN SEGALA URUSAN


ITH AWA ALFITYATU ILAALKAHFI FAQALOO RABBANA ATINA MINLADUNKA RAHMATAN WAHAYYI 'LANA MIN AMRINA RASHADA

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami". (Al-Kahfi:10)

            * Lafazkan transliterasi Arab dalam tulisan yang dihitamkan.

 

11. DOA MOHON DIJAUHKAN DARI AZAB DAN TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG BERDOSA


RABBI FALA TAJALNEE FIL QAWMIZZAALIMEEN

"Maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu". (Al-Mu’minuun:94)

 

12. DOA MOHON PERLINDUNGAN DARI GANGGUAN DAN BISIKAN SYAITAN


Waqul rabbi aoodhu bika min hamazatish-shayateen

Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan. (Al-Mu’minuun:97)

* Lafazkan transliterasi Arab dalam tulisan yang dihitamkan. 

 

 13.DOA AGAR DIJAUHKAN DARI MEREKA YANG MELAKUKAN MAKSIAT 


WA AOODHU BIKA RABBI ANYAHDUROON

"Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku".  (Al-Mu’minuun:98)

 

14. DOA MEMOHON RAHMAT DAN KEAMPUNAN


WAQUL RABBIGHFIR WARHAM WA ANTA KHAYRUR RAAHIMEEN

Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!" (Al-Mu’minuun:118)

* Lafazkan transliterasi Arab dalam tulisan yang dihitamkan

 

15. DUA DIKURNIAKAN PASANGAN DAN ZURIAT YANG SOLEH


WALLADHEENA YAQOOLOONA, RABBANA HAB LANA MIN AZWAAJINA WADHURRIYYATINA QURRATA A'YUNIN WAJA' ALNA LIL AMUTTAQEENA IMA-MA

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Al-Furqan: 74)

* Lafazkan transliterasi Arab dalam tulisan yang dihitamkan

 

16. DOA AGAR DIINGATI DENGAN PERKARA YANG BAIK SETELAH MENINGGAL DUNIA


WAJAL LEE LISANA SIDQIN FIL-AAKHIREEN

"Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian.” (As-Syu’ara’:84) 

 

17. DOA AGAR DILINDUNGI DARI DIZALIMI/ TERGOLONG DIKALANGAN MEREKA YANG ZALIM


FAKHARAJA MINHA KHA-IFANYATARAQQABU QALA RABBI NAJJINEE MINA ALQAWMI AZZALIMEEN 

Musa pun keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya) serta berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim ". (Al-Qasas:21)

              * Lafazkan transliterasi Arab dalam tulisan yang dihitamkan

 

18. DOA MOHON HAMPIR DENGAN ALLAH DI SYURGA

WADARABA ALLAHU MATHALAN LIL LATHEENA AMANOO IMRA ATA FIRAWNA IDH QALAT RABBIIBNI LEE INDAKA BAYTAN FIL JANNAH. WANAJJINEE MIN FIRAWNA WA AMA LIHI WANAJJINEE MINA AL QAWMI AZZALIMEEN

Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim"; (At-Tahrim:11) 

* Lafazkan transliterasi Arab dalam tulisan yang dihitamkan  

 

19. DOA KETIKA DITIMPA KERISAUAN/ KESUSAHAN/ STRES/ KEBUNTUAN


WAAYYOOBA ITH NADARABBAHU ANNI MASSANIYA AD DURRU WA ANTA ARHAMUR RAAHIMEEN

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". (Al-Anbiya’:83)

* Lafazkan transliterasi Arab dalam tulisan yang dihitamkan dan untuk perkataan ANNI gantikan dengan INNI) 

 

20. DOA MOHON DIBERI PETUNJUK APABILA  BUNTU/ RASA TIDAK BERDAYA


FADA'A RABBAHU ANNEE MAGHLOOBUN FANTASIR

Lalu dia berdoa merayu kepada Tuhannya (dengan mengatakan): "Sesungguhnya aku telah diatasi, maka bantulah (aku)!"

*Lafazkan transliterasi Arab dalam tulisan yang dihitamkan dan untuk perkataan ANNI   gantikan dengan - RABBI INNI

 

21. AYATUL KURSI- PERLINDUNGAN TERHADAP SEGALA PERKARA

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

[Ayat dari Surah Al-Baqarah 2:255 ini dikenali sebagai Ayatul Kursi].

 

22. DOA/ZIKIR MOHON PERTOLONGAN

YA RAHMAANU AGHITHNI 

Wahai Yang Maha Pemurah bantulah aku.

Ringkas dan indah.Ulangi seikhlas hati anda.

 

23. DOA KETIKA DILANDA KERESAHAN/ MOHON PERLINDUNGAN/ MOHON BANTUAN

Diriwayatkan bahawa Nabi (SAW) apabila dilanda kerunsingan baginda S.A.W akan berkata:

"Ya hayyu ya qayyumu, bi-rahmatika astagheeth" (At-Tirmizi)

Maksud: Wahai Tuhan yang Maha Hidup, Wahai Yang Berdiri dengan sendirinya, dengan rahmat-Mu ku memohon keselamatan dari-Mu

 

24. DOA KETIKA DILANDA KESUSAHAN/ UJIAN (DOA NABI YUNUS)

"LA ILAHA ILLAH AN TA, SUB HANAKA INNEE KUN TU MINATH-THALIMEEN" 

Maksud: "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah.

Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."

"Setiap Muslim yang berdoa kepada Allah dengan doa ini dalam apa jua perkara, Allah akan menjawab doa hamba-Nya " (At-Tirmithi) Ulangi sebanyak yang mungkin

 

25. DOA MOHON PERLINDUNGAN DARI SEGALA UJIAN DUNIA

ALLAHUMMA INNI A'UDHU BIKA MINAL-HAMMI WAL-HUZNI WAL-'AJAZI WAL-KASLI WAL-BUKHLI WAL-JUBNI WA DALA'ID-DAYNI WA GHALABATIR-RIJAL.

“Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil serta dari cengkaman hutang dan penindasan orang”

 

26. DOA PENYERAHAN DIRI KEPADA ALLAH DIPERMUDAHKAN SEGALA PERKARA


FASATATHKUROONA MA AQOOLULAKUM WA UFAW-WIDU AMREE IL- ALLAHI INNALLAHA BASEERUM BIL IBAAD

"(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu; dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya". (Ghaafir:44) 

*Lafazkan transliterasi Arab dalam tulisan yang dihitamkan 

 

27. DOA MOHON DIKURNIAKAN KEBAIKAN

 

FASAQA LAHUMA THUMMA TAWALLAILA ATHTHILLI FAQALA RABBI INNEE LIMA ANZALTA ILAYYA MIN KHAYRIN FAQEER

Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan". (Al-Qasas:24)

*Lafazkan transliterasi Arab dalam tulisan yang dihitamkan  

 

28. DOA DIKURNIAKAN ZURIAT

 

WAZAKARIYYA ITH NADARABBAHU RABBI LA TATHARNEE FARDAN WAANTA KHAYRU ALWARITHEEN 

 Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi". (Al-Anbiya’:89)

*Lafazkan transliterasi Arab dalam tulisan yang dihitamkan

 

29. AYAT MENGENAI MENCARI PASANGAN DAN BAGAIMANA ZURIAT DILAHIRKAN / MENGAGUNGKAN PENCIPTAAN ALLAH 

 

SUBHANALLADHEE KHALAQAL-AZWAJA KULLAHA MIMMA TUMBITUL-ARDU WA MIN ANFUSIHIM WA MIMMA LA YA'LAMOON

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. (Yaasin:36)

 

30. DOA AGAR TERLINDUNG DARI TAKDIR BURUK / UJIAN DAN MUSIBAH

 

"A'udhu billahi min jahdil bala'i, wa darak ash-shaqaa'i, wa su' al-qada'i, wa shamatat al-a'da'"

"Aku berlindung kepada-Mu Ya Allah, terhadap apa jua ujian yang teruk dan musibah buruk, dan penghakiman yang buruk dan dari segala tipu daya musuh." 

"ALLAAHUMMA 'ANTA RABBEE LAA 'ILAAHA 'ILLAA 'ANTA, KHALAQTANEE WA 'ANAA 'ABDUKA, WA 'ANAA 'ALAA 'AHDIKA WA WA'DIKA MAS-TATA'TU, 'A'OODHU BIKA MIN SHARRI MAA SANA'TU, 'ABOO'U LAKA BINI'MATIKA 'ALAYYA, WA 'ABOO'U BIDHANBEE FAGHFIR LEE FA'INNAHU LAA YAGHFIRUDH-DHUNOOBA 'ILLAA 'ANTA"

"Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptaku dan aku hamba-Mu, dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh (laksanakan), aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milikMu, dan aku mengakui terhadap dosa dosaku, oleh itu ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat memberi ampunan kecuali hanya Engkau". 

 

Rujukan:

“Barangsiapa mengucapkannya pada siang hari dan meyakininya, lalu dia mati pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk penghuni syurga. Dan barangsiapa mengucapkannya pada malam hari dalam keadaan meyakininya, lalu dia mati sebelum waktu pagi, maka dia termasuk penghuni syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari:7/150)

Diriwayatkan juga daripada  An-Nasa'i and At-Tirmizi.

 

32. DOA AGAR DIPELIHARA DARI MASALAH KESIHATAN DAN AZAB KUBUR

ALLAAHUMMA 'AAFINEE FEE BADANEE, ALLAAHUMMA 'AAFINEE FEE SAM'EE, ALLAAHUMMA 'AAFINEE FEE BASAREE, LAA 'ILAAHA 'ILLAA 'ANTA

(Ulangi 3 kali).

ALLAAHUMMA 'INNEE 'A'OOTHU BIKA MINAL-KUFRI, WALFAQRI, WA 'A'OOTHU BIKA MIN 'ATHAABIL-QABRI, LAA 'ILAAHA 'ILLAA 'ANTA.

(Ulangi 3 kali )

Ya Allah, kurniakanku kesihatan tubuh badan. Ya Allah, pelihara pendengaranku. Ya Allah, pandanganku. Tiada satu pun yang berhak disembah melainkan Engkau Ya Allah. (Ulangi 3 kali dalam Bahasa Arab)

 Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kemiskinan dan aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur.Tiada satu pun yang berhak disembah melainkan Engkau Ya Allah. (Ulangi 3 kali dalam Bahasa Arab.) 

  

33. DUA MENGAKUI ALLAH SEBAIK-BAIK TEMPAT PERGANTUNGAN AND KEIMANAN KEPADA ALLAH, AGAR HAJAT DIPENUHI

HASBIYALLAAHU LAA 'ILAAHA 'ILLAA HUWA 'ALAYHI TAWAKKALTU WA HUWA RABBUL-'ARSHIL- 'ADHEEM .

Memadai Allah untukku. Tiada satu pun yang berhak disembah selain Allah. Kepada-Mu aku bertawakkal, Dialah Tuhan pemilik arasy yang agung. (Ulangi 7 kali dalam Bahasa Arab .)

Rujukan: Allah akan memberikan kepada sesiapa yang membaca ini tujuh kali pada waktu pagi atau petang apa sahaja yang dia hasratkan dari dunia ini atau di akhirat, Ibn As-Sunni (no. 71), Abu Dawud 4/321. Kedu-duanya diriwayatkan secara terus dari Nabi S.A.W (Marfu1). Sanad yang  Sahih. Ibn As-Sunni.

 

34. DOA MOHON KEAIBAN DIRI DILINDUNGI

"ALLAAHUMMA 'INNEE 'AS'ALUKAL-'AFWA WAL'AAFIYATA FID-DUNYAA WAL'AAKHIRATI, ALLAAHUMMA 'INNEE 'AS'ALUKAL-'AFWA WAL'AAFIYATA FEE DEENEE WA DUNYAAYA WA 'AHLEE, WA MAALEE , ALLAAHUM-MASTUR 'AWRAATEE, WA 'AAMIN RAW'AATEE, ALLAAHUM- MAHFADHNEE MIN BAYNI YADAYYA, WA MIN KHALFEE, WA 'AN YAMEENEE, WA 'AN SHIMAALEE, WA MIN FAWQEE, WA 'A'OOTHU BI'ADHAMATIKA 'AN 'UGHTAALA MIN TAHTEE"

Ya Allah, aku memohon keampunan-Mu dan perlindungan-Mu di dunia dan di akhirat. Ya Allah, aku memohon keampunan-Mu dan perlindungan-Mu dalam agamaku, dalam urusan duniawiku, dalam urusan keluargaku dan perbendaharaanku . Ya Allah, lindungilah keaibanku dan jauhkanlah aku dari kesusahan. Ya Allah, peliharalah aku dari apa yang ada di depanku dan di belakang ku, dari kiri ku, dan dari kanan ku, dan dari di atas ku. Aku berlindung kepada keagungan-Mu dari apa jua yang datang dari bawahku.

 Rujukan: Sahih Ibn Majah 2/332 dan Abu Dawud. 

 

35. DOA AGAR DIPELIHARA DARI MUSIBAH PADA WAKTU PAGI DAN PETANG

"BISMILLAAHIL-LATHEE LAA YADHURRU MA'AS-MIHI SHAY'UN FIL-'ARDHI WA LAA FIS-SAMAA'I WA HUWAS-SAMEE 'UL- 'ALEEM"

Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah, segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana dan Dia Maha Mendengar dan Mengetahui. (Ulangi 3 kali dalam Bahasa Arab).

Rujukan:

"Sesiapa yang membacanya tiga kali pada waktu pagi tidak akan ditimpa oleh apa-apa bencana sebelum petang, dan sesiapa yang membaca tiga kali pada waktu malam tidak akan ditimpa bencana sebelum pagi." Abu Dawud 4/323, At-Tirmizi 5/465,

Ibn Majah 2/332, Ahmad. Ibn Majah mempunyai sanad hadis yang baik (Hasan), Ibn Baz, ms. 39.

 

36. DUA MENSYUKURI KURNIAAN ALLAH

"RADHEETU BILLAAHI RABBAN, WA BIL-'ISLAAMI DEENAN, WA BI-MUHAMMADIN (SALLALLAAHU 'ALAYHI WA SALLAMA) NABIYYAN."

Aku telah redha Allah sebagai Tuhanku dan dengan Islam sebagai agamaku dan dengan Muhammad sebagai Nabi dan Rasulku. (Ulagi 3 kali dalam Bahasa Arab)

Rujukan:

"Allah telah berjanji bahawa sesiapa yang membacanya tiga kali setiap pagi atau petang akan diberi kebahagiaan pada hari kiamat." Ahmad 4/ 337, An-Nasa'i, 'Amalul-Yawm wal-Laylah p. 4, Ibn As-Sunni (no. 68), At-Tirmizi 5/465. Sanad hadith yang baik (Hasan), Ibn Baz, ms. 39. 

 

37. DOA AGAR ALLAH MENJAGA SEGALA URUSAN

" YAA HAYYU YAA QAYYOOMU BIRAHMATIKA 'ASTAGHEETHU 'ASLIH LEE SHA'NEE KULLAHU WA LAA TAKILNEE 'ILAA NAFSEE TARFATA 'AYNIN"

Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, Yang Maha Kekal, dengan rahmat-Mu ku menyeru kepada-Mu untuk membetulkan segala urusanku. Jangan Kau biarkan aku tentukan nasibku sendiri walau untuk sekelip mata (iaitu seketika).

 Rujukan: Sanad hadis (Sahih), Al-Hakim 1/545, rujuk Albani, Sahihut- Targhib wat-Tarhib, 1/273.

 

38. ZIKIR MEMUJI DAN MENGAGUNGKAN KEBESARAN ALLAH

"SUBHAANALLAAHI WA BIHAMDIHI"

Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya. (Ulangi 100 kali dalam Bahasa Arab ). 

Rujukan:

"Sesiapa yang membacanya seratus kali pada waktu pagi dan pada waktu malam tidak akan melepasi hari kiamat oleh sesiapa telah melakukan lebih baik daripada ini kecuali seseorang yang telah membacakannya dengan lebih banyak." Al-Bukhari 4/2071.

 

39. ZIKIR PENGHAPUS DOSA, PEROLEHI KEBAIKAN DAN DILINDUNGI DARI GANGGUAN SYAITAN

"LAA 'ILAAHA 'ILLALLAAHU WAHDAHU LAA SHAREEKA LAHU, LAHUL-MULKU WA LAHUL-HAMDU, WA HUWA 'ALAA KULLI SHAY'IN QADEER"

Tiada yang berhak disembah selain Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya.Dia yang mempunyai segala kekuasaan dan segala puji bagi-Nya dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. (Ulangi 10 kali dalam Bahasa Arab atau baca sekali disaat tidak berkelapangan.)

Rujukan:

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Allah akan menulis seratus kebaikan untuk siapa yang berkata: Tidak ada Tuhan selain Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya. Allah jualah yang memiliki segala-galanya, dan kepada-Nya segala pujian. Dia yang Maha Berkuasa atas segala-galanya.

 Baca sepuluh kali pada waktu pagi, dan Allah akan mengampuninya sebanyak seratus salah laku. Dia dikurniakan pahala membebaskan seorang hamba dan akan dilindungi dari syaitan sepanjang hari sehingga senja. Barangsiapa membacanya pada waktu petang dia akan mendapat pahala yang sama."Ahmad 8/704, 16/293. Sanad hadis (Hasan), Ibn Baz, ms. 44. 

 

 40. DOA RINGKAS MOHON KEAMPUNAN / ISTIGHFAR

"'ASTAGHFIRULLAAHA WA 'ATOOBU 'ILAYHI"

Aku memohon ampn kepada Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia, yang hidup dan selalu hidup dan selalu jaga;dan aku bertaubat. (Ulangi 100 kali setiap hari)

Rujukan: Al-Bukhari, cf. Al-Asqalani, Fathul-Bari 11/101, Muslim 4/2075.

 

41. DOA RINGKAS AGAR TERLINDUNG DARI SEGALA BAHAYA 

"'A'OOTHU BIKALIMAATIL-LAAHIT-TAAMMAATI MIN SHARRI MAA KHALAQA"

Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan apa-apa yang diciptakan. (Ulangi 3 kali dalam Bahasa Arab pada waktu petang)

Rujukan:

Sesiapa yang membaca tiga kali pada waktu petang akan dilindungi daripada sengatan serangga, Ahmad 2/ 290, An-Nasa'i, 'Amalul-Yawm wal-Laylah no. 590, At-Tirmithi 3/187, Ibn As-Sunni no. 68. Menurut Al-Albani, Ibn Majah's (2/266)  mempunyai sanad hadis Sahih, dan menurut Ibn Baz 45, riwayat At-Tirmizi adalah bersifat Hasan. 

 

42. SELAWAT RINGKAS AGAR DIKURNIAKAN SYAFAAT DI AKHIRAT

" ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM 'ALAA NABIYYINAA MUHAMMADIN"

Ya Allah, restuilah dan berkatilah junjungan kami Nabi Muhammad (Ulangi 10 kali dalam Bahasa Arab)

Rujukan:

Nabi (saw) berkata: "Siapa yang berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat." 

 At-Tabrani meriwayatkan Hadis ini bersama dua sanad. Salah satunya bersifat Jayyid. Rujuk Haithami's Majma' Az-Zawa'id 10/120, dan Al-Albani's Sahih At-Targhib Wat-Tarhib 1/273

 

43. DOA RINGKAS MOHON PERLINDUNGAN DARI AZAB DI PADANG MAHSYAR

"ALLAAHUMMA QINEE 'ATHAABAKA YAWMA TAB'ATHU 'IBAADAKA"

 Ya Allah, selamatkan aku dari hukuman-Mu pada hari Kau membangkitkan hamba-hambaMu. (Ulangi 3 kali dalam Bahasa Arab)

Rujukan:

1. "Apabila Rasulullah (SAW) mahu berbaring untuk tidur, baginda akan meletakkan tangan kanannya di bawah pipi dan berkata ..."

2. Abu Dawud 4/311. Rujuk Al-Albani, Sahih At-Tirmizi 3/143. 

 

44. DOA MOHON DIJAUHKAN DARI SEGALA KEJAHATAN

"ALLAAHUMMA RABBAS-SAMAAWAATIS-SAB'I WA RABBAL-'ARSHIL-'ADHEEM, RABBANAA WA RABBA KULLI SHAY 'IN, FAALIQAL-HABBI WANNAWAA , WA MUNZILAT-TAWRAATI WAL-'INJEELI, WAL-FURQAANI, 'A'OOTHU BIKA MIN SHAM KULLI SHAY 'IN 'ANTA 'AAKHITHUN BINAASIYATIHI. ALLAAHUMMA 'ANTAL-'AWWALU FALAYSA QABLAKA SHAY'UN, WA 'ANTAL-'AAKHIRU FALAYSA BA'DAKA SHAY'UN, WA 'ANTADH-DHAAHIRU FALAYSA FAWQAKA SHAY'UN, WA 'ANTAL-BAATINU FALAYSA DOONAKA SHAY'UN, IQDHI 'ANNAD-DAYNA WA 'AGHNINAA MINAL-FAQRI."

Ya Allah! Tuhan yang menciptakan langit yang tujuh, dan Tuhan yang memiliki Arasy. Tuhan kami dan Tuhan segala-galanya. Yang menjadikan bijirin dan batu, Tuhan yang menurukan Taurat dan Injil dan Furqan (Al-Quran), aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan segala sesuatu.2 Ya Allah, Engkaulah Yang Pertama dan tiada sebarang perkara yang sebelum kamu, dan Engkau adalah yang akhir, dan tiada apa yang boleh datang sesudah Engkau. Engkaulah sahaja yang Maha Tinggi, tiada apa yang berada di atas-Mu dan Engkau adalah Maha Dekat dan tidak ada yang lebih dekat daripada-Mu. Ringankanlah beban hutang kami dan jauhkanlah kami dari kemiskinan.

 

45. DOA AGAR TERGOLONG DIKALANGAN ORANG YANG YANG SOLEH DAN TERHINDAR DARI SEGALA KEJAHATAN

"ALLAAHUM-MAHDINEE FEEMAN HADAYTA, WA 'AAFINEE FEEMAN 'AAFAYTA, WA TAWALLANEE FEEMAN TAWALLAYTA, WA BAARIK LEE FEEMAA 'A'ATAYTA, WA QINEE SHARRA MAA QADHAYTA, FA'INNAKA TAQDHEE WA LAA YUQDHAA 'ALAYKA, 'INNAHU LAA YATHILLU MAN WAALAYTA, [WA LAA YA 'IZZU MAN 'AADAYTA] , TABAARAKTA RABBANAA WA TA'AALAYTA"

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Rujukan: 

Abu Dawud, Ibn Majah, An-Nasa'i, At-Tirmithi, Ahmad, Ad-Darimi, Al-Hakim, dan Al- Bayhaqi. Lihat juga Al-Albani, Sahih At-Tirmithi 1/144, Sahih Ibn Majah 1/194, dan 'Irwa'ul-Ghaw. 2/ 172. 

 

46. DOA MOHON PERLINDUNGAN DAN RAHMAT ALLAH/MENGAGUNGKAN ALLAH

"ALLAAHUMMA 'INNEE 'A'OOTHU BIRIDHAAKA RAIN SAKHATIKA, WA BIMU'AAFAATIKA MIN 'UQOOBATIKA, WA 'A'OOTHU BIKA MINKA, LAA 'UHSEE THANAA'AN 'ALAYKA, 'ANTA KAMAA 'ATHNAYTA 'ALAA NAFSIKA"

Ya Allah, aku berlindung dengan rahmatMu dari kemurkaan-Mu. Aku berlindung dengan keampunanMu dan kekuasaan-Mu. Aku berlindung kepada-Mu. Tidak terkira pujian-Mu, Diri-Mu adalah segala puji-pujian bagi-Mu.

 Rujukan:

Abu Dawud, Ibn Majah, An-Nasa'i, At-Tirmithi, Ahmad. See Al-Albani, Sahih At- Tirmithi 3/180, Sahih Ibn Majah 1/194, and 'Irwa'ul-Ghalil.

 

47. DOA UNTUK MELAKUKAN AMAL KEBAIKAN DAN QURAN SEBAGAI PETUNJUK

"ALLAAHUMMA 'INNEE 'ABDUKA, IBNU 'ABDIKA, IBNU 'AMATIKA, NAASIYATEE BIYADIKA, MAADHIN FIYYA HUKMUKA, 'ADLUN FIYYA QADHAA'UKA, 'AS'ALUKA BIKULLI ISMIN HUWA LAKA, SAMMAYTA BIHI NAFSAKA, 'AW 'ANZALTAHU FEE KITAABIKA, 'AW 'ALLAMTAHU 'AHADAN MIN KHALQIKA, 'AWISTA'THARTA BIHI FEE 'ILMIL-GHAYBI 'INDAKA, 'AN TAJ'ALAL-QUR'AANA RABEE'A QALBEE, WA NOORA SADREE, WA JALAA'A HUZNEE, WA THAHAABA HAMMEE"

 Ya Allah, aku adalah hamba-Mu dan anak kepada hamba lelaki-Mu dan anak hamba perempuan-Mu. Dahiku ada di tangan Mu (Kau mempunyai kawalan ke atas diriku). Penghakiman-Mu ke atas ku adalah terjamin dan Keputusan-Mu tentang diriku adalah adil. Ku memohon kepada-Mu dengan setiap nama-Mu yang terkandung dalam  Kitab-Mu , yang mengajar mana-mana satu ciptaan-Mu atau dalam pengetahuan yang ada disisi-Mu, untuk menjadikan Al-Quran sebagai penawar hatiku, dan cahaya dalam dadaku, pengubat dukaku dan penenang keresahanku.

Rujukan: Ahmad 1/391, dan disahihkan oleh Al-Albani.

 

48. DOA MENGATASI KERISAUAN DAN KERUNSINGAN

"LAA 'ILAAHA 'ILLALLAAHUL-'ADHEEMUL-HALEEM. LAA 'ILAAHA 'INANAAHU RABBUL-'ARSHIL- 'ADHEEM, LAA 'ILAAHA 'ILLALLAAHU RABBUS-SAMAAWAATI WA RABBUL-'ARDHI WA RABBUL- 'ARSHIL-KAREEM"

“Tiada sembahan yang berhak diibadahi kecuali Allah Yang Maha Agung, Maha lembut, Tiada sembahan yang berhak diibadahi kecuali Allah Rabb Al ‘Arsy Yang Agung, Tiada sembahan yang berhak diibadahi kecuali Allah Rabbnya langit-langit dan Rabbnya bumi, Rabbnya “Arsy Yang Mulia”

 Rujukan: Al-Bukhari 8/154, Muslim 4/2092 

 

49. DUA MENGATASI KERESAHAN DAN MOHON ALLAH MEMELIHARA SEGALA URUSAN

"ALLAAHUMMA RAHMATAKA 'ARJOO FALAA TAKILNEE 'ILAA NAFSEE TARFATA 'AYNIN, WA 'ASLIH LEE SHA'NEE KULLAHU, LAA'ILAAHA 'ILLAA 'ANTA"

 Ya Allah, aku mengharapkan rahmatMu. Jangan kau biarkan aku menentukan nasibku sendiri walau untuk sekelip mata (iaitu seketika). Pelihara segala urusan untuk diriku. Tiada satu pun yang berhak disembah kecuali Engkau.

Rujukan: Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42. Al-Albani menyatakan sbegai hadis Hasan dalam Sahih Abu Dawud 3/959.

 

50. DOA MOHON KEAMPUNAN DAN RAHMAT

Allaahumma 'innee dhalamtu nafsee dhulman katheeran, wa laa yaghfiruth- thunooba 'illaa 'Anta, faghfir lee maghfiratan min 'indika warhamnee 'innaka 'Antal- Ghafoorur-Raheem.

Ya Allah, aku telah banyak berbuat zalim terhadap diriku dan tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau. Maka, berilah aku keampunan dan kasihanilah aku. Sesungguhnya, Kau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Rujukan: Al-Bukhari 8/168, Muslim 4/2078.

 

51. DOA TAUBAT UNTUK SEGALA DOSA LALU DAN SEKARANG

"ALLAAHUM-MAGHFIR LEE MAA QADDAMTU, WA MAA 'AKHKHARTU, WA MAA 'ASRARTU, WA MAA 'A'LANTU, WA MAA 'ASRAFTU, WA MAA 'ANTA 'A'LAMU BIHI MINNEE. 'ANTAL-MUQADDIMU, WA 'ANTAL-MU'AKHKHIRU LAA 'ILAAHA 'ILLAA 'ANTA"

 Ya Allah, ampunilah daku atas apa yang telah ku lakukan ke atas diriku dan apa yang telah ku tinggalkan pada masa lalu, apa yang ku lakukan secara sembunyi dan apa yang ku lakukan secara terbuka, apa yang ku lakukan secara berlebihan, dan apa jua yang ku lakukan yang mana Engkau lebih Maha mengetahui dari diriku. Engkaulah yang mengutuskan dan Engkaulah yang melambatkan. Tiada satu pun yang berhak disembah kecuali Engkau.

 Rujukan: Muslim 1/534 

 

52. DOA RINGKAS UNTUK KEAMPUNAN

'Astaghfirullaaha Allaahumma 'Antas-Salaamu wa minkas-salaamu, tabaarakta yaa Thal-Jalaali wal-'Ikraam.

Aku memohon ampun kepadaMu Ya Allah (tiga kali). Ya Allah, Engkaulah keselamatan, dari dari Engkau datang kedamaian. Engkau yang memberi keberkatan wahai Pemilik keagungan dan kehormatan.

 

53. DOA KESEMBUHAN UNTUK 99 PENYAKIT

"LA HAWLA WA LA QUWATTA ILLA BILLAH"

Tiada daya dan kekuatan selain Allah SWT.

Zikir di atas satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga. Amalkan sebanyak yang mungkin.

 

54. DOA AGAR DISEMBUHKAN PENYAKIT

"ADH-HIB AL-BA'S RABB AN-NAS ISHFI ANTA ASH-SHAFI LA SHIFA'A ILLA SHIFA'UKA SHIFA'AN LA YUGHADIRU SAQAMAN"

Hilangkan kemudharatan ini, Wahai Tuhan yang menciptakan manusia, dan sembuhkanlah, Engkaulah Penyembuh. Tiada penyembuhan melainkan dengan izin-Mu, yang menyembuhkan segala penyakit. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ibn Majah)

 

55. SELAWAT KEATAS JUNJUNGAN NABI S.A.W DAN DIDOAKAN MALAIKAT DI AKHIRAT 

Abdullah ibn Abbas (radiAllahu anhu), seorang sahabat nabi (Sallal laahu alaihi wasallam), mengatakan bahawa Rasululah (S.A.W) berkata bahawa jika seorang lelaki membaca Selawat Shareef sekali, baginya didoakan selama 1 000 hari oleh para malaikat yang akan sibuk mencatat ganjaran kerana membaca selawat ini. Selawat Shareef memberikan ganjaran yang banyak. Membacanya hanya sekali tetapi malaikat mencatat amal baik untuk pembacanya selama 1 000 hari. Bukankah ia satu ganjaran yang memberi pulangan yang besar?

"JAZ-ALLAHU ANNA SYEDINA MUHAMMADAN SAL-LAL-LAHU-ALAIHI WA SALLAM MA HUWA AH-LAHU"

"Ya Allah, ganjarkan kepada Junjungan Muhammad kami pahala yang memberi manfaat yang berhak diterimanya." 

 

56. DUA KETIKA DITIMPA STRES/RISAU/UJIAN DAN MUSIBAH

"ALLADHEENA QALA LAHUMU ANNASUINNA ANNASA QAD JAMAAAOO LAKUM FAKHSHAWHUM FAZADAHUM EEMANAN WAQALOO HASBUNAALLAHU WANIAAMA ALWAKEEL"

“Mereka juga ialah Yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)". Ali ‘Imran : 173

 

57. DOA RINGKAS AGAR DIPERMUDAHKAN SEGALA PERKARA

"ALLAHUMMA YASSIR LANA 'UMURANA MA'A R-RAHATA LI QULUBINA WA ABDANINA"

Ya Allah! Permudahkan bagi kami keadaan kami, hati kami dan jasad kami.

 

58. DOA RINGKAS AGAR DILINDUNGI DAN DIKASIHANI ALLAH

"FA-LLAHU KHAYRUN HAFIZAN WA HUWA ARHAMU R-RAHIMIIN" (3x)

Semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani. (Yusuf:92).

 

67. DOA AGAR DIPELIHARA ALLAH DAN TERGOLONG DIKALANGAN ORANG YANG BERAMAL SOLEH 

"INNA WALIYYA-LLAHU L-LADH NAZZALA L-KITABA, WA HUWA YATAWALLA S-SALIHIIN" (3x)

"Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran), dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan"  (Al-A’raaf:196)

 

68. DOA RINGKAS DIPELIHARA DARI AZAB NERAKA

"ALLAHUMMA AJIRNI MIN AN-NAAR" 

Ya Allah, selamatkan aku dari azab api neraka.

 

69. ASMA’UL HUSNA – GUNAKAN 99 NAMA ALLAH

Gunakan 99 nama-nama Allah, lihat makna mereka dan Seru Allah dengan nama yang paling sesuai, amalkan sebagai zikir,fahami maknanya dan lihat keindahan dalam setiap nama, belajar tentang sifat-sifat Allah yang boleh memberi manfaat kepada anda, gunakannya dalam Doa anda. Cuba lihat semula bab mengenai memahami rahmat Allah, dan mulakan dengan nama-nama Allah yang indah dan sifat-sifat pengasih-Nya.

 

70. AMALKAN SURAH AL-FATIHAH (JUZ PERTAMA DALAM AL-QURAN) SEBANYAK YANG MUNGKIN

 Surah ini merupakan penawar bagi hati.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani |Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam,(1:1)|Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.(1:2)|Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).(1:3)| Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.(1:4)|Tunjukilah kami jalan yang lurus.,(1:5)|Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,; (1:6)|bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.. (1:7)

  

71. DOA MENGATASI KEINGINAN SEKSUAL TERLARANG. KETAGIHAN SEKS, DAN TABIAT SEKS (TUBUH BADAN DAN HATI) 

 "ALLAHUMMA INNI AUDHU BIKA MIN SHARRI SAM'EE, WA MIN SHARRI BASWAREE, WA MIN SHARRI LISAANEE , WA MIN SHARRI QALBEE, WA MIN SHARRI MANI-YEE"

 Ya Allah, aku berlindung dari segala kejahatan telingaku, mataku, lidahku, hatiku dan air mani (iaitu keinginan seksual)- (Abu Daud, Buku 8, No 1546)

 

 •Catatan : Bagi setiap teks dalam Bahasa Arab, pembaca dicadang merujuk kepada teks yang asal bagi sebutan yang tepat.