Masa Terbaik Untuk Berdoa

Ada kalanya doa tertentu  mungkin akan lebih diterima oleh Allah (Subhanahu wa Ta'ala) seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah (saw). Masa-masa ini adalah seperti berikut:

 

  1. Sepertiga di akhir malam [at-Tirmizi, an-Nasa'i, al-Hakim - Sahih]
  2. Lewat malam [Muslim #757]
  3. Antara azan dan Iqamat
  4. Pada hari Jumaat [Sahih al-Bukhari]
  5. Ketika minum air Zamzam
  6. Ketika bersujud
  7. Apabila terjaga waktu malam [Sahih al-Bukhari]
  8. Di akhir solat fardhu [at-Tirmizi]
  9. Malam Lailatul Qadr 
  10. Ketika hujan turun. 
  11. Ketika azan
  12. Doa orang yang dizalimi dan tertindas [Ahmad, at-Tirmizi -Hasan].
  13. Orang yang bermusafir [al-Bayhaqi, at-Tirmizi - Sahih]
  14. Doa ibu bapa untuk anaknya [al-Bayhaqi, at-Tirmizi - Sahih]
  15. Doa selepas memuji Allah dan berselawat kepada Nabi (Salallahu Alayhi Wasalam) ketika bacaan tasyahhud di akhir solat. [at-Tirmizi #593 - hasan, Mishkat al-Misbah #931]
  16. Doa seorang Muslim untuk saudara Muslimnya yang lain [Muslim]
  17. Doa ketika hari Arafah. [at-Tirmidhi and Malik]
  18. Doa di bulan Ramadhan[Sahih al-Bukhari #1899, Muslim #1079 dan lain-lain]
  19. Doa ketika menghadapi musuh di medan peperangan [Abu Dawud #2540, ibn Majah, al-Hakim]
  20. Ketika Muslim berkumpul di majlis yang menyebut dan mengingati Allah [Muslim]
  21. Sepuluh hari pertama dari bulan Zulhijah [Sahih al-Bukhari #969 and others]
  22. Doa sepenuh hati dan benar-benar ikhlas kepada Allah
  23. Waktu tengah malam [at-Tirmizi - Hasan]
  24. Doa seorang Muslim kepada Muslim lain yang meninggal dunia[Muslim, Abu Dawud, Ahmad]
  25. Doa seorang yang sedang berpuasa hingga dia berbuka [al-Bayhaqi, at-Tirmizi - Sahih]
  26. Doa seorang yang berpuasa di saat dia hendak berbuka puasa [Ahmad, at-Tirmizi - Hasan]
  27. Doa pemimpin yang adil [Ahmad, at-Tirmizi -Hasan] 

 

Bagaimana untuk berdoa

Mulakan dengan lafaz Bismillah

Hadith Nabi s.a.w ada menyebut:

Tiada doa yang dimulai dengan Bismillah akan ditolak. Doa perlu dimulakan dengan nama Allah, dengan meletakkan semua kepercayaan dan berharap semata-mata kepada-Nya. Dengan menyebut nama Tuhan yang Maha Penyayang menguatkan keyakinan bahawa doa tidak akan ditolak.

 

Berselawat ke atas Nabi dan ahli keluarga Junjungan Nabi s.a.w

Hadis yang diriwayatkan daripada Imam Ja'far Ibn Muhammad as-Sadiq(Alaihissalam) berkata:

Sesiapa yang mempunyai hasrat dan beliau inginkan Allah memenuhinya, hendaklah ia bermula dengan berselawat kepada Nabi Muhammad (saw) dan keluarga beliau (a.s), maka hendaklah dia meminta hasrat, dan akhiri dengan selawat kepada Nabi Muhammad (saw) dan keluarga beliau (a.s) . Allah adalah lebih mulia daripada menerima doa yang pertama dan terakhir (selawat) dan menolak doa di pertengahan. Salawat adalah doa untuk nabi (saw) dan keluarga beliau (a.s). Sesiapa yang mendoakan nabi adalah terjamin penerimaan doa untuk dirinya sendiri. 

 

Memuji dan mengagungkan Allah

Setiap doa harus bermula dengan memuji Allah, mengakui bahawa hanya Dia yang mempunyai kuasa dan kekuatan atas segala sesuatu. Berdoa meningkatkan perasaan rendah hati apabila kita mengakui kebesaran Allah yang Maha Kuasa. Kita sedar bahawa segala-galanya adalah dalam kawalan Allah, dan jika Dia kehendaki, doa tersebut akan diterima dan dimakbulkan segera.

 

Mengakui segala dosa

Apabila berdoa kepada Allah, seseorang perlu menyedari dan mengakui bahawa dirinya adalah seorang yang berdosa, dan tidak layak menerima nikmat Allah. Perasaan rendah hati dan bimbang adalah sikap yang dianjurkan ketika berdoa.

 

Berdoa dengan penuh perasaan dan khusyu’

Allah berfirman dalam Hadis Qudsi kepada Nabi Isa (Alaihissalam) :

Wahai Isa! Apabila kau bertanyakan aku, berdoa kepadaku dengan penuh kesedihan dan terharu, orang yang tidak mempunyai penolong ... dan janganlah kau berdoa kepada-Ku melainkan dalam keadaan kau bersedih. Apabila kamu berdoa kepada-Ku dalam keadaan tersebut, Aku akan mendengar doamu. 

 

Hati yang lembut dan air mata adalah senjata terbaik manusia dalam usaha untuk dekat kepada Allah. Apabila seseorang berdoa dengan emosi, doa tersebut adalah sangat ikhlas dan akan diterima Allah.

 

Mendoakan orang lain

Sesiapa yang mendoakan orang lain sangat disukai Allah. Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muhammad al-Baqir (Alaihissalam) berkata:

‘Tiada doa yang lebih pantas dijawab melainkan doa seorang Muslim untuk saudaranya yang lain. Menurut Nabi (saw), doa seorang mukmin untuk saudaranya yang lain akan didoakan dengan perkara yang sama sebanyak mana manusia dijadikan dari awal penciptaan hingga hari kiamat.”

Yakin bahawa Allah akan menjawab doa anda 

Apabila berdoa, seseorang mesti mempunyai kepercayaan yang penuh bahawa Allah akan menjawab doanya. Seorang ahli Hadith berkata, 

'Setiap kali anda berdoa, anggap bahawa apa yang anda perlukan sudah berada di hadapan anda.’

 

Etika berdoa dalam Hadith

Etika berikut telah diriwayatkan dalam hadis Rasulullah (saw). Pematuhan etika ini adalah kunci kepada kejayaan. Walau bagaimanapun, jika seseorang tidak dapat mematuhi semua atau sebahagian etika ini, dia tidak seharusnya berdoa sama sekali. Malah, doa sangat bermanfaat dalam semua keadaan dan harapan bahawa Allah Ta'ala menerima doa sentiasa ada.

 

Etika berikut seperti diriwayatkan dalam hadis.

1.Menahan diri daripada makanan, pakaian dan pendapatan yang haram. (Muslim, Tirmizi)

2.Berdoa dengan ikhlas. Dalam erti kata lain, seseorang perlu percaya sepenuhnya bahawa tiada siapa melainkan Allah Ta'ala yang akan memenuhi segala hajat. (Haakim)

3.Seseorang perlu melakukan perkara kebaikan sebelum berdoa dan seseorang perlu menyebutnya ketika berdoa. Sebagai contoh, "Ya Allah! Aku telah melakukan perkara kebaikan demi keredhaan-Mu. Ya Allah! Terimalah doaku dengan berkat-Mu dari kebaikan yang telah ku lakukan". (Muslim, Tirmizi, Abu Daud).

4.Berdoa dalam keadaan suci dan bersih. (Tirmizi, Abu Daud, Ibne Majah, Nasai, Ibnu Hibbaan, Mustadrak).

5.Mengambil wudu’ sebelum berdoa. (Sihah-Sittah)

6.Mengadap Qiblat. (Sihah-Sittah)

7.Duduk dalam keadaan Tasyahhud . (Abu Awanah)

8.Memuji dan mengagungkan Allah pada permulaan dan di pengakhiran doa. (Sihah-Sittah)

9.Selawat kepada Rasulullah (saw) di permulaan dan pengakhiran doa. (Abu Daud, Musnad-Ahmad)

10.Menadah kedua –dua belah tangan. (Tirmizi, Mustadrak)

11.Mengangkat kedua-dua tangan pada paras dada.

12.Duduk dalam keadaan penuh rendah diri dan hormat. (Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Abu Daud)

13.Meluahkan rasa tidak berdaya dan kebergantungan diri pada Allah. (Tirmizi)

14.Elakkan dari memandang ke atas ketika berdoa. (Muslim)

15.Menyebut Asmaul-Husna (99 nama Allah Ta'aala ) sifat-sifat kebesaran Allah. (Ibnu Hibbaan dan Mustadrak)

16.Elakkan dari melagu-lagukan lafaz doa. (Bukhari)

17.Elakkan dari berdoa dalam keadaan bernyanyi. (Hisn)

18.Berdoa dengan suara yang lembut (Sihah-Sittah oleh Abu Musa)

19.Melafazkan doa seperti yang disebutkan oleh Rasulullah (saw) kerana baginda tidak meninggalkan walau satu pun perkara kebaikan di dunia dan akhirat apabila mengajarkan doa. (Abu Daud/Nasai)

20.Mendoakan untuk perkara kebaikan dan keperluan agama di dunia dan di akhirat. (Abu Daud)

21.Mendoakan untuk diri sendiri, ibu bapa dan juga seluruh saudara Muslim yang lain. (Muslim)

22.Jika Imam berdoa, doanya bukan untuk diri sendiri tetapi untuk ahli makmumnya yang lain. (Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah)

23.Abu Daud (R.A.) meriwayatkan Rasulullah (saw) bersabda bahawa Imam yang mendoakan hanya untuk dirinya telah mengkhianati makmumnya. Dalam kata lain, seorang Imam tidak sepatutnya mendoakan untuk dirinya sahaja. Contohnya, "Ya Allah, sembuhkanlah anakku." atau "Ya Allah! Kembalikanlah barangku yang hilang." dll. Sebaliknya, dia mendoakan untuk para makmumnya . Dia boleh berdoa: "Ya Allah! Ampunilah kami dan rahmatilah kami."

24.Berdoa dengan penuh kepercayaan (contoh, dia tak sepatutnya berdoa: "Ya Allah! Seandainya

  Engkau boleh memenuhi hajatku." (Sihah-Sittah)

25.Berdoa dengan penuh keyakinan dan pengharapan. (Ibnu Hibban dan Abu Awana).

26.Seboleh yang mungkin, hadirkan " hati dan fikiran" dan sentiasa mengharap agar doa diterima.(Haakim)

27.Berdoa sebanyak yang mungkin dan berulangkali. (Bukhari, Muslim)

28.Ulangi doa sekurang-kurangya tiga kali. (Abu Daud).Nota: Seseorang boleh mengulangi doa sebanyak tiga kali pada satu masa atau mengulanginya dalam tiga keadaan berbeza. Pengulangan doa boleh ditafsirkan dalam kedua-dua cara.

29.Berdoa dengan penuh kesungguhan dan tanpa henti. (Nasai, Hakim, Abu Awanah)

30.Elakkan dari mendoakan perkara keburukan dan memutuskan silaturrahim. (Muslim, Tirmizi)

31.Elakkan berdoa meminta sesuatu yang melawan takdir,fitrah atau perkara yang tidak boleh diubah  (contohnya. seorang wanita tidak boleh berdoa untuk menjadi seorang lelaki atau seorang yang tinggi tidak boleh berdoa: "Ya Allah jadikanlah aku rendah!" dll.) (Nasai).

32.Jangan berdoa terhadap perkara yang mustahil. (Bukhari)

33.Jangan berdoa memohon kepada Allah Ta'ala agar membataskan rahmat-Nya kepada diri sendiri sahaja. (Bukhari, Abu Daud, Nasai, ibne Majah)

34.Minta hanya kepada Allah Ta'ala semata-mata untuk semua keperluan anda. Jangan bergantung kepada makhluk ciptaan-Nya. (Tirmizi, Ibnu Hibbaan)

35.Jika ada yang berdoa dan ada orang lain yang mendengarnya, hendaklah orang yang mendengar doa tersebut mengatakan Amin di akhir doa. (Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai)

36.Menyapu muka dengan kedua-dua tangan setelahselesai berdoa. (Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Hibbaan, Ibnu Majah, Hakim)

37.Bersabar dan terus berdoa moga diterima Allah. Dalam kata lain, jangan katakan: "Saya telah berdoa berulang kali tetapi masih belum dimakbulkan." (Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai, ibne Majah) 

 

Berdoa Dengan Menyeru 99 Nama Allah

"Serulah dengan nama Allah atau serulah Ar-Rahman, dengan mana-mana nama yang kamu serukan (ia adalah sama), kerana Allah mempunyai nama-nama yang terbaik ...." (Al-Israa’:1 10)

Ketika berdoa, gantikan kata awalan AL-/AS-/AR- dengan perkataan : YA'

Contohnya  AL- A'ZIZ = YANG MAHA BERKUASA; tukar kepada 'YA AZIZ' ='' Ya Allah yang Maha Berkuasa..''.

Nota: nama-nama Allah tidak mempunyai kata awalan, hanya sebut YA ALLAH

Gunakan asmaul husna dalam doa, sebagai zikir, sebagai tasbih. Belajar satu nama untuk satu hari dan lafaz berulangkali sepanjang hari, ingati ketika hendak tidur. Lafazkannya samada secara kuat atau dalam minda dan hati anda. Gunakan masa anda mengingati Allah dari mengingati dosa.