1.Hadith Nabi: 'Surah yang terbaik dalam al-Quran adalah 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam'. Al-Hakim dan Baihaqi meriwayatkannya daripada Anas (r.a)

2.‘Al-Fatihah – Surah permulaan – mengandungi penawar bagi segala penyakit.' Baihaqi meriwayatkan daripada 'Abdul-Malik bin 'Umair (r.a)

3.Surah Pertama diturunkan dari perbendaharaan di bawah Arasy.' Ibn Rahawaih meriwayatkan daripada Ali (r.a).

4.Sesiapa yang membaca Surah Al-Fatihah dan Ayatul Kursi (2:255) di dalam rumah maka seisi penghuni rumah akan terpelihara dari kejahatan oleh manusia atau jin pada hari itu.' Ad-Dailami meriwayatkan daripada 'Imran bin Husain(r.a).

 

Hadis yang menyatakan kelebihan Surah Al -Fatihah:

Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah (RA) bahawa Rasulullah (SAW) bersabda,

Allah Ta'ala berfirman, 'Aku telah membahagiakn salat kepada dua bahagian antara diri-Ku dengan hamba-Ku. Dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta'. Jika ia mengucapkan, 'Alhamdulillahi rabbil 'alamin', maka Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku'. Dan jika ia mengucapkan, ' Arrahmanirrahimi', maka Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah menyanjung-Ku'. Jika ia mengucapkan, 'Malikiyaumiddin', maka Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuliakan-Ku'. Dan pernah Abu Hurairah menuturkan, 'Hamba-Ku telah berserah diri kepada-Ku'. Jika ia mengucapkan, 'Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in', maka Allah berfirman, 'Inilah bagian diri-Ku dan hamba-Ku, dan untuk hamba-Ku apa yang ia minta'. Dan jika ia mengucapkan, 'Ihdinashirathalmaustqim shirathaladzina an'amta 'alaihim ghairil maghdhubi 'alaihim waladholin', maka Allah berfirman, 'Ini untuk hamba-Ku dan bagi hamba-Ku pula yang apa yang ia minta'." ' [1]