Berikut adalah beberapa petikan dari pelbagai laman web yang menekankan perspektif Islam mengenai hubungan homoseksual. Walaupun ianya tidak secara menyeluruh tetapi petikan tersebut memberikan anda konsep keseluruhan tentang dosa ini dalam Islam. Terdapat banyak lagi rujukan dalam kitab-kitab hadith yang seterusnya mengetengahkan keburukan dosa ini.

Tidak ada keraguan lagi bahawa homoseksual dalam Islam dianggap sebagai 'berdosa'. Homoseksualiti dalam Islam adalah satu masalah yang sangat parah (seperti juga dosa-dosa lain jika mereka tidak berniat untuk berbuat salah). Manusia tidak dijadikan sebagai seorang homoseksual secara semula jadi. Ia terjadi kerana persekitaran mereka. 

Paling kritikal adalah persekitaran semasa akil baligh. Cadangan, idea dan mimpi pelik adalah tanda-tanda perasaan ingin mencuba yang penuh kekeliruan untuk memahami keinginan seksual yang baru, serta terburu-buru dalam  membuat tafsiran kerana ingin memahami seksualiti diri sendiri dan orang lain. Jika kesimpulan ini disertai dengan perbuatan homoseksual yang sebenar maka mereka telah terjebak jauh dalam hubungan terlarang ini.

Naluri manusia bergantung kepada kehendak diri. Seksualiti adalah pilihan identiti yang mengikut pilihan perlakuan seseorang berdasarkan fantasi seksual diri masing-masing.  Manusia  dapat mengawal pemikiran mereka, melayani sesetengah pemikiran dan juga menolak sesetengah pemikiran yang lain.

Walau bagaimanapun, jika kehendak bebas ini tidak difahami, maka tanpa sedar kita akan berfikir  dalam kitaran pemikiran  bermula daripada menerima hipotesis yang bertentangan dengan diri anda sebagai benar dan bukan sebagai pilihan yang mungkin diambil (walaupun pilihan tersebut adakalanya sukar). Sebagai contoh: "Saya seorang yang pemalas” boleh dikatakan benar pada pandangan diri seseorang terhadap dirinya yang sedang berehat di tempat tidur pada waktu pagi sebagai bukti pernyataan "Saya seorang yang pemalas." Apabila individu tersebut berulang kali memilih untuk berfikir berdasarkan apa yang dirasakannya, maka satu kepercayaan telah terbentuk. Pandangan tersebut mempunyai manifestasi fizikal dan mengubah fisiologi dan psikologi seseorang. 

Proses ini boleh berlaku untuk apa sahaja idea yang baik atau buruk tentang diri seseorang berdasarkan pada bukti yang terhasil daripada tindakannya sendiri. Idea ini mungkin "Saya 'gay'" atau "saya berpuas hati" atau "Saya suka makan banyak". Hakikatnya, anda adalah apa yang anda pilih untuk membentuk identiti anda sendiri; anda melakukan apa yang anda pilih untuk lakukan; anda berfikir apa yang anda pilih untuk fikir. Mungkin ia memakan masa yang panjang untuk melihat kesan dan akibat dari pilihan yang anda buat tetapi sesiapa sahaja boleh mengubah diri mereka sendiri. Buktinya terdapat ramai bekas penagih dadah, penjudi kompulsif dan homoseksual yang telah mengubah diri mereka dan memulakan hidup baru. Kesimpulannya, pencegahan terhadap segala dosa ini adalah 1000 kali lebih baik daripada pemulihan dan ianya jauh lebih mudah.

Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa homoseksual diwarisi secara genetik dan bahawa mereka yang mempunyai 'kecenderungan' ini adalah mangsa yang tidak berdosa. Walau bagaimanapun, terdapat perkara-perkara lain yang mungkin  dipengaruhi secara genetik untuk kecenderungan lain seperti perjudian atau ketagihan arak. Terdapat juga hujah yang menyatakan bahawa lelaki secara genetik telah dipogramkan untuk berlaku curang terhadap pasangan mereka. 

Kesemua pandangan tersebut tidak menjadikan segala perlakuan salah sebagai satu perkara yang betul untuk dilakukan, pandangan tersebut  juga tidak menghalang perkara ini dari dikira sebagai berdosa. Minum arak tetap dikira sebagai berdosa dalam Islam walaupun anda mempunyai kecenderungan untuk menjadi seorang penagih alkohol. Setiap bekas penagih alkohol akan melarang anda dari menyentuh arak walaupun setitis selepas anda berhenti. Ia adalah satu proses yang lama, hidup anda adalah lebih baik tanpanya. Keinginan tertentu sangat kuat dihubungkan dengan identiti anda. Jika anda begitu jauh terjebak dengan keinginan tersebut maka anda dengan mudah cenderung untuk kembali kepadanya. Anda tidak akan dapat melupakan kepuasannya. Ia sukar untuk mengingati kesan buruk dari keinginan tersebut, seperti kemabukan, wang yang hilang, kebencian diri atau perasaan kehilangan sesuatu yang berharga. Tetapi jika anda ingin berubah untuk menjadi lebih baik, anda mesti mengingati perkara ini. Keinginan masa lalu yang mengikat identiti anda boleh diputuskan dengan anda memilih untuk menjadi seorang yang lebih baik. 

 

Rujukan Al- Quran

Rujukan utama kepada perlakuan homoseksual dalam al-Quran ialah:

026.165-166: "Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia? Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!"

027.055: “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya.”

029.028-29: “Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkala ia berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu. Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? Dan kamu memotong jalan lalu-lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perhimpunan kamu?" Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): "Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar."

 

Kisah nabi Lut a.s ada disebutkan dalam beberapa petikan al-Quran, terutamanya dalam Surah As-Syua’ra 26:160-175

(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka). Ketika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu. Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku. Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam. Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia, Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!" Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!" Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu". Nabi Lut berdoa): "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu." Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya – semuanya. Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu. Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut). Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran. Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.”

Daripada ayat-ayat ini kita mengetahui bahawa Tuhan menyelamatkan Nabi Lut dan ahli keluarganya yang soleh, dan menghancurkan kaum yang selebihnya dengan menghujani mereka pancuran batu yang membinasakan. Kisah ini disebut dalam al-Quran bukan sahaja untuk kepentingan maklumat, tetapi paling penting sebagai amaran kepada sesiapa yang berani untuk mengulangi perlakuan tersebut.

 

Rujukan Hadith

(1)Rasulullah (saw) bersabda: (1) " Bunuh orang yang meliwat dan orang yang membenarkan dirinya diliwat." (Tirmizi, hadis sahih )

(2)" Semoga Allah mencela mereka yang melakukan dosa seperti kaum Lut." (Ibn Hibban, hadis sahih)

(3)"Hubungan jenis sesama wanita adalah zina di antara mereka." (Tabrani, sahih)"

 

Terdapat banyak lagi hadis mengenai isu ini, dan isu apa yang perlu dilakukan terhadap mereka yang melakukan liwat atau lesbianism. Saya tidak akan membincangkan isu ini sekarang dalam penulisan kali ini. Apa yang ingin saya bentangkan adalah kedudukan Islam tentang hubungan homoseksual adalah satu dosa yang besar (kaba'ir), maka sangat jelas ia adalah satu perlakuan yang sangat dilarang (Haram). Semoga Allah (SWT) melindungi kita.